TIADA perkara yang lebih besar selain dari rasa syukur yang teramat sangat ke hadrat Ilahi setelah selesai menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di masjid pada Jumaat yang lepas.
Mana tidaknya, selepas beberapa minggu kebenaran solat jemaah di masjid terutamanya solat Jumaat hanya dihadkan hanya kepada ahli jawatankuasa (AJK) pengurusan kariah masjid sahaja, akhirnya pihak berkuasa agama negeri Johor membenarkannya semula kepada kalangan ahli kariah bermula 9 Julai yang lalu.
Kebenaran yang sama turut diberikan bagi urusan solat sunat Aidiladha yang bakal menjelang pada 20 Julai nanti.
Menurut kenyataan media bertarikh 7 Julai 2021, kebenaran tersebut diberi dengan syarat pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuklah menghadkan bilangan jemaah serta penggiliran jemaah dari kalangan kariah masjid dan surau sahaja.
Namun apa yang lebih menarik dalam SOP tersebut ialah penetapan bahawa hanya mereka yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke masjid, kecuali imam, bilal dan noja yang bertugas.
SOP yang serupa turut dilaksanakan di beberapa negeri lain seperti di Kedah dan terkini di Selangor bagi tujuan sembahyang sunat Aidiladha.
Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman peribadi dan pemerhatian saya, perkara ini tidak diberi perhatian yang serius oleh AJK yang bertugas.
Mereka langsung tidak melakukan sebarang semakan ke atas status vaksinasi saya dan jemaah yang lain sewaktu kami mendaftarkan diri, walaupun saya ingin menunjukkan sijil digital vaksinasi saya kepada petugas.
Apabila ditanya mengapa semakan status vaksinasi jemaah tidak diperiksa dan disahkan, petugas tersebut menyatakan bahawa hal tersebut tidak perlu, sebaliknya hanya mementingkan jemaah yang tersenarai sahaja yang diterima untuk menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut, sekalipun vaksinasi mereka tidak lengkap.
Terdapat juga rungutan bahawa ada segelintir surau Jumaat atau masjid yang hanya melakukan penggiliran dalam kalangan AJK atau ahli kariah yang sama sahaja sekalipun ada di antara mereka yang masih belum menerima atau belum melengkapkan dos suntikan vaksinasi mereka.
Hal ini membuatkan saya terfikir, apakah petugas telah diberikan taklimat yang betul berkaitan rasional disebalik penetapan dan pelaksanaan SOP tersebut yang saya percaya tidak lain dan tidak bukan adalah demi melindungi semua jemaah dari sebarang risiko jangkitan COVID-19?
Oleh itu, bagi memastikan bahawa SOP yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sebaiknya, maka pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) hendaklah membuat pemantauan pematuhan SOP yang berterusan.
Jika pemantauan tidak dapat dilakukan sewaktu aktiviti solat jemaah berlangsung, pengauditan pasca aktiviti boleh dilaksanakan dengan menyemak senarai nama jemaah yang hadir dan dibandingkan dengan rekod vaksinasi mereka.
Dalam masa yang sama, mana-mana ahli kariah yang belum lengkap dos vaksinasi mereka tidak seharusnya hadir ke mana-mana masjid atau surau untuk solat jemaah sehinggalah lengkap dos vaksinasi mereka seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Selain daripada pelaksanaan SOP yang telah ditetapkan, pengurusan masjid juga boleh turut mempraktikkan beberapa langkah lain bagi mengurangkan risiko pengebaran COVID-19 seperti :
1. mengurangkan kawasan sentuhan (touch points) di dalam masjid
- pastikan pintu yang digunakan sebagai laluan masuk dan keluar sentiasa terbuka, terutamnya masjid yang menggunakan pintu jenis gelangsar (sliding door) supaya tidak perlu ianya dibuka dan ditutup berulang kali
- kunci atau hadkan akses kepada bahan bacaan seperti Al Quran, kitab dan sebagainya
- elakkan dari berkongsi penggunaan peralatan, seperti mikrofon (bagi bilal dan imam atau khatib)
- elakkan penyerahan tongkat khutbah dari bilal kepada khatib, sebaliknya khatib terus memegang tongkat khutbah
- alihkan semua peralatan mudah (seperti kerusi) alih dari ruang solat
2. memastikan pengudaraan yang baik
- buka tingkap atau pintu bagi pengudaraan semula jadi
- jika penyaman udara (air conditioner) digunakan, buka sedikit sedikit tingkap bagi pengudaraan
- penggunaan alat penapis udara terutamanya yang mempunyai fungsi menyahaktifkan virus adalah digalakkan
3. pelaksanaan program pencucian berkala
- cuci tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis elektrik, mimbar, dan lain-lain
- lakukan pensanitasian ruang solat sebelum dan selepas digunakan
- gunakan bahan pencuci atau pensanitasi yang bersesuaian dan terbukti berkesan dalam menghapuskan virus
Firman Allah SWT yang bermaksud “Bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa alasan yang membolehkannya membunuh orang itu, atau kerana melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” – (Surah Al-Maidah : Ayat 32).
Sesuai dengan firman tersebut, sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab, marilah kita sama-sama memainkan peranan dalam memastikan masjid atau surau tidak menjadi tempat berlakunya jangkitan atau pencetus kluster baru COVID-19.
Selamat Hari Arafah & Selamat Hari Raya Aidiladha 2021.
* Ts Mohd Soffian Osman merupakan Teknologis Profesional yang juga Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam di Safety Management Academy.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Ts Mohd Soffian Osman
Mon Jul 19 2021
Yang di-Pertuan Agong berkenan membenarkan solat Jumaat dan fardu di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan, mulai 9 Julai lalu. - Astro AWANI/Shahir Omar
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.