PENGENALAN
Setelah melakukan rundingan hampir dua dekad, Indonesia dan Malaysia akhirnya telah bersepakat untuk melukis garis batas yang dipersetujui di selatan Selat Melaka dan melakar garis sempadan laut wilayah di Laut Sulawesi.
Perjanjian ini adalah sebahagian daripada beberapa triti yang ditandatangani oleh kedua-dua negara sewaktu lawatan Presiden Joko Widodo ke Malaysia pada Khamis, 8 Jun 2023.
Apakah benar Malaysia ‘menjual’ kedaulatan wilayah maritim negara kepada Indonesia?
Perjanjian Persempadanan Wilayah Laut
Baru-baru ini, Malaysia dan Indonesia telah menandatangani perjanjian sempadan wilayah laut di Selat Melaka dan Laut Sulawesi.
Walaubagaimanapun, perjanjian ini tidak melibatkan persempadanan zon ekonomi eksklusif (EEZ) di antara kedua-dua negara di Selat Melaka serta pembatasan pelantar benua di blok Ambalat.
Walaupun sesetengah pihak mendakwa ini adalah satu langkah ‘menjual’ kedaulatan negara, inisiatif ini sebenarnya boleh memelihara seterusnya memulihara hubungan baik yang terjalin sekian lama di antara Jakarta dan Putrajaya.
Tindakan ini sangat tepat kerana negara tidak perlu merujuk kepada pertimbangan pihak ketiga menerusi Tribunal Antarabangsa Undang-undang Laut (ITLOS) ataupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Dalam sesuatu rundingan, tidak akan ada pihak yang boleh menang semuanya.
Senario ini berlainan sekiranya kes ini, sebagai contoh, diputuskan oleh ICJ.
Indonesia mungkin masih teringat kepada kekalahan mereka pada tahun 2002 apabila ICJ memutuskan kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan adalah bersama Malaysia.
Malaysia juga sehingga kini sulit untuk menerima kehilangan Batu Puteh ke tangan Singapura pada tahun 2008, juga diputuskan oleh ICJ.
Apabila ICJ memutuskan bahawa Candi Preah Vihear adalah milik Cambodia pada tahun 1962, kekacauan meletus di antara Cambodia dan Thailand sehinggalah pertikaian ini diselesaikan pada tahun 2011.
Oleh itu, rundingan adalah penting dan menerusi rundingan, Malaysia dan Indonesia telah berkompromi dalam membatasi tuntutan wilayah maritim tanpa perlu membangkitkan rasa tidak puas hati, membolehkan kedua-dua negara menikmati situasi ‘menang-menang’.
Ini bukanlah kali pertama Malaysia dan Indonesia telah bersepakat dalam memuktamadkan sempadan maritim.
Sebelum ini, Malaysia dan Indonesia telah menandatangani perjanjian sempadan pelantar benua dan wilayah laut di Selat Melaka tahun 1969 dan 1970 masing-masing tanpa banyak kesulitan. Sekiranya ini dapat dilakukan dahulu, kenapa tidak juga sekarang?
Berkompromi Dalam Membatasi
Sempadan maritim yang diusahakan oleh Malaysia dan Indonesia adalah hasil daripada beberapa siri proses rundingan.
Pada awalnya ia akan dimulai oleh tuntutan sepihak atau unilateral oleh kedua-dua negara dengan mempamerkan garis batas mana yang ingin dituntut.
Selalunya akan terdapat perbezaan garis sempadan yang dituntut lantas mengakibatkan wujudnya tuntutan yang bertindan. Rundingan dilakukan bagi menangani tuntutan bertindih di antara kedua-dua negara ini.
Pastinya, negara yang menuntut, di awal rundingan akan melakukan sedaya upaya bagi meyakinkan pihak yang satu lagi untuk menerima cadangannya.
Sering terjadi bahawa tiada pihak yang akan menerima cadangan pihak yang satu lagi tanpa sebarang bantahan.
Lalu rundingan akan terus berjalan sehinggalah garis batas yang telah dikompromi dapat dipersetujui.
Lumrah rundingan adalah sebegini – sesuatu pihak itu akan mendapatkan lebih sedikit daripada apa yang dari awalnya dituntut.
Hanya dengan ‘mengambil dan memberi’, kedua-dua negara boleh terus maju ke hadapan dalam menyelesaikan masalah pertindihan tuntutan maritim yang lain.
Bagi merealisasikan apa yang telah dipersetujui pada Jun 2023, sudah pasti Malaysia dan Indonesia telah melakukan yang terbaik dalam mencapai kata putus bagi kedua-dua pihak.
Walaupun perjanjian ini belum lagi boleh diakses oleh orang awam, apa yang pasti adalah garis batas yang dipersetujui tersebut adalah kompromi yang terbaik yang dapat dipersetujui kedua-dua pihak.
Oleh itu, Malaysia tidak ‘menjual’ kedaulatan kepada Indonesia dan begitu juga sebaliknya.
Rundingan yang berakhir dengan Perjanjian tahun 2023 ini membuktikan bahawa rundingan adalah cara terbaik bagi dua negara berjiran menyelesaikan masalah dengan damai tanpa persengketaan.
Sebagai jiran yang dekat, melukis garis batas yang jelas adalah cara yang terbaik bagi menghormati kedaulatan antara satu sama lain, seperti mana yang diperkatakan oleh sang pujangga dari Amerika Syarikat, Robert Frost, ‘Pagar yang tersusun mencipta jiran yang rukun’.
* Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli ialah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan Dr. I Made Andi Arsana pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Geodetik, Universitas Gadjah Mada, Indonesia
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi kedua-dua penulis berdasarkan bidang tugas mereka dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohd Hazmi Mohd Rusli, I Made Andi Arsana
Mon Jul 03 2023
Sebagai jiran yang dekat, melukis garis batas yang jelas adalah cara yang terbaik bagi menghormati kedaulatan antara Malaysia dan Indonesia.
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
[KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik
Kepemimpinan dalam kalangan mahasiswa memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara.
[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan
Dari menjaga keamanan dan kestabilan hingga melaksanakan tugas kemanusiaan, pasukan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membantu memulihkan kawasan yang terjejas oleh konflik.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)
Sempena 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis, GPM Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar mengambil ibrah daripada sejarah yang berlaku.
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
[KOLUMNIS] Mengemudi bisnes di era digital: Adaptasi atau ketinggalan?
Walaupun teknologi digital menawarkan banyak peluang, tidak dinafikan ia juga datang dengan cabaran.