SAMUT PRAKAN (Thailand): Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) pada Isnin melancarkan Kursi Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Pengajian Melayu dan Ketamadunan.
Berucap pada majlis pelancaran itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kursi itu merupakan permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.
"TGBC juga perlu diberi pujian kerana menjadi institut pengajian tinggi pertama di Thailand yang mewujudkan Kursi Pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan," katanya pada majlis perasmian Kursi Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di sini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana menyumbang dalam usaha mengembangkan bahasa serta peradaban Melayu, khususnya kepada generasi muda.
Ismail Sabri berkata Bahasa Melayu menjadi tonggak dalam mencapai agenda pembinaan negara bangsa seperti mana yang telah digerakkan di Malaysia dan Indonesia.
Katanya mempelajari dan mengkaji peradaban Melayu dengan mendalam adalah penting khususnya dalam kalangan generasi muda untuk meningkatkan pemahaman bagi menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam rantau ini.
“Dalam konteks ASEAN, peradaban Melayu amat penting untuk memacu rantau Asia Tenggara bersaing di pentas dunia. Kita tidak kuat sekiranya bersendirian.
“Asia Tenggara merupakan populasi ketiga sub-region yang terbesar di Asia selepas India dan China. Kekuatan ini harus digunakan tetapi kita perlu saling mengenali dan memahami budaya sendiri bagi mencari titik persamaan,” katanya.
Hadir sama pada majlis pelancaran ialah Pengarah TGBC, Dr Prattana Srisuk.
--BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Ismail Sabri (duduk dua, kiri) hadir pada majlis perasmian Kursi Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Samut Prakan (Thailand) pada Isnin. - Facebook/Ismail Sabri Yaakob
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Warga Thailand antara tebusan yang dibebaskan
Warga Thailand yang dibebaskan dalam siri perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dikenali sebagai Watchara Sriaoun.
Gencatan Senjata: Hampir 500,000 warga Palestin pulang ke Utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.
Bantuan persekolahan bukti kerajaan ikhtiar bantu rakyat - Shamsul Iskandar
Peruntukan sebanyak RM200,000 disediakan bagi pelaksanaan pemberian baucar kelengkapan sekolah kepada 2,000 pelajar dalam Parlimen Tambun, hari ini.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU
Bercakap di White House pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.
Usaha pemuliharaan Myanmar selamatkan populasi harimau Bengal yang terancam
Harimau Benggala (Panthera tigris) adalah spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Sejak ditayangkan, filem ini telah mencatatkan kutipan RM1.65 juta pada hari pertama tayangannya, meraih gelaran Juara Box Office pada hari pertama tayangan
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.