TIGA PULUH TIGA hari menjelang sambutan Perasmian Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020 - kita dikejutkan dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Arahan kerajaan yang berkuatkuasa mulai 18 sehingga 31 Mac itu merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
PKP dilaksanakan sebagai langkah mengawal penularan mendadak COVID-19 sepanjang minggu lalu.
Berdasarkan laporan statistik, 190 kes baru dilaporkan pada 15 Mac, 16 Mac (125 kes), 17 Mac (120 kes),18 Mac (117 kes) dan 19 Mac (110 kes sehingga 12 tengahari).
Secara keseluruhan sehingga 19 Mac, 900 kes disahkan positif COVID-19 dengan 20 kes dirawat di wad kritikal.
Peningkatan berganda angka jangkitan sejak lima hari lalu menunjukkan gelombang jangkitan meluas. Angka meningkat mendadak berbanding 11 minggu pertama. Ini bukan fenomena di Malaysia sahaja.
Di Eropah, krisis COVID-19 turut mengalami penularan mendadak dan mengorbankan lebih 3,000 nyawa dalam tempoh dua minggu. Itali mencatatkan 2,503 kes kematian. Angka jangkitan pula 31,506. Negara kedua paling teruk selepas China. Sepanyol mengalami 13,700 kes jangkitan dengan lebih 600 kematian.
COVID-19 turut diisytiharkan sebagai darurat kesihatan global. Hampir 200 ribu kes jangkitan dilaporkan dengan angka korban melebihi 7,000 nyawa.
Itali, Sepanyol dan Perancis mengalami suasana kucar-kacir dan mengisytiharkan 'lockdown'. Manakala Iran berada pada tahap kelam-kabut menangani jumlah korban COVID-19 yang melangkaui 1,135 nyawa dan 17,361 pesakit.
Penularan pusingan kedua yang bermula pada awal Mac menjadikan Eropah kini pusat utama penyebaran wabak. Keadaan Eropah kini seteruk China pada penghujung Disember tahun lalu ketika wabak ini mula dikesan.
Venice, Madrid dan Paris/Alsace kini menjadi Wuhan dan Hubei ketika COVID-19 mula dikesan tiga bulan lalu.
COVID-19 memberikan impak terhadap semua perkara terutama keselamatan sosial, bekalan makanan dan perubatan serta menjejaskan ekonomi global. PKP yang diumumkan kerajaan pada 16 Mac dan dikuatkuasa pada 18 Mac lalu kini mencetuskan persoalan mengenai status pelbagai acara rasmi negara.
Dalam konteks KLWBC 2020, memandangkan 23 April sudah sangat hampir - apakah statusnya?
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku hos dijangka membuat pengumuman rasmi. Sudah pasti setelah merujuk pada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pendidikan selaku penganjur bersama.
Apapun, kita boleh menjangkakan COVID-19 diramal akan terus kritikal dalam tempoh tiga sehingga enam bulan lagi.
Bukan sahaja KLWBC 2020 terjejas, malah seluruh dunia kini meneliti semula status acara-acara utama.
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) pada Selasa lalu mengumumkan, Euro 2020 - kejohanan paling berprestij di benua Eropah - ditunda.
Selain 55 negara anggota UEFA, kesemua 12 bandar raya hos Piala Eropah 2020 bersetuju kejohanan 24 negara itu ditunda sehingga Jun 2021.
COVID-19 satu krisis global. Di negara kita, PKP kini memasuki hari ketiga.
Mengisi PKP dengan budaya membaca
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan kempen 'Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku'.
Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) pula mempromosi 'Lima Buku Cerita Pendek' yang boleh dibaca semasa PKP.
Dua kempen ini relevan dan pantas. Dijalankan sebaik sahaja kerajaan mengumumkan PKP. Kempen PNM dan ITBM langkah bijak; pilihan meredakan kegelisahan awam dan menyediakan idea kepada masyarakat untuk mengisi waktu di rumah sepanjang PKP.
Cuma, utamakan bacaan yang mampu meningkatkan IQ. Jangan habiskan masa dengan bahan popular dan membaca gosip artis.
Jadikan 14 hari PKP sebagai detik ilmiah. Bukan period yang menakutkan. Jauhi diri daripada terlibat dengan penggosip sensasi yang terus menyebarkan maklumat palsu atau separa matang di media sosial.
Menyebarkan khabar angin dan menikmati adrenalin dengan menguar-uarkan ketakutan tidak akan membantu usaha meningkatkan kualiti IQ. Media sosial selalunya akan menyeret anda bergelumang dengan penggosip sensasi. Budaya IQ rendah sentiasa meluas di media sosial dan anehnya ia kekal popular.
Pengguna media sosial lebih gemar berada dalam persekitaran 'adrenalin diburu rasa takut'. Mengapa?
Jawabnya mudah: media sosial meraikan budaya cakap lepas yang tidak memerlukan radius IQ. Abaikan kebergantungan hidup pada media sosial. Apa lagi ketika berdepan keadaan yang memerlukan anda menjarakkan diri daripada penggosip dan spekulator digital.
Secara kajian, rakyat Malaysia menghabiskan masa selama enam jam di atas talian dengan komited selama tiga jam sehari di media sosial. 80 peratus rakyat Malaysia adalah warga maya. Terdapat 28 juta pengikut Facebook dan 11 juga pengguna Instagram. Angka yang menjadikan Malaysia antara negara maju maya.
Jadikan 14 hari PKP pemula budaya baharu
Mulai sekarang, dalam tempoh bertenang selama 14 hari ini - mulakan budaya perpustakaan di rumah anda.
Ikuti budaya IQ yang dibangunkan Khalifah Harun Al Rasyid (766-809) ialah Khalifah Kelima Bani Abbasiyah. Si pintar ini bergelar khalifah pada t786 Masehi ketika berusia 20 tahun.
Selepas empat khalifah Urasyiddin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali), nama Harun Al Rasyid dianggap khalifah paling hebat dalam sejarah Islam.
Harun Al Rasyid ialah khalifah yang memulakan sejarah perpustakaan dalam empayar Islam. Anak kelahiran al Rayy (Iran) ini bertangungungjawab dalam membangunkan dunia cendikiawan.
Peluasan ilmu dalam konsep perpustakaan awam Baitul Hikmah berjaya melahirkan para cendekia Islam yang mempengaruhi peradaban dan tamadun dunia. Antaranya Al Biruni, Ibnu Batuta, Al Farabi, Al Khawarizmi, Al Khindi, Ibnu Haitam, Ibnu Sina dan Al Ghazali.
Khalifah Harun Al Rasyid meneruskan amalan Rasulullah SAW dalam membina tamadun ilmu sebagai teras peradaban Islam. Harun Al Rasyid yakin, kekuatan Islam pada era dakwahnya wajar berkembang dengan meluaskan budaya keilmuan - penulisan dan pembacaan.
Atas kesedaran itu, khalifah hebat ini membina perpustakaan Baitul Hikmah di Baghdad pada abad kelapan.
Malaysia mundur membaca
Ketika minat membaca rakyat Malaysia hanya sekitar 1.7 muka surat sehari - serta gangguan mentaliti akibat pengaruh gosip dan sensasi media sosial - pengukuhan budaya membaca adalah pilihan terbaik.
Negarawan hebat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad tetap aktif membaca pada usia 90-an. Pada Disember 2018, Dr Mahathir berkongsi di Instagram mengenai cuti pendek hujung tahun yang digunakan untuk membaca.
Dr Mahathir membaca novel best seller A Street Cat Name Bob karya James Bowen. Ia mengejutkan. Manakan tidak - negarawan yang sibuk mentadbir negara masih berusaha meluangkan masa membaca. Malah, memilih buku biografi yang unik. Kisah seekor kucing jalanan yang mengubah kehidupan seorang penagih dadah dan pemuzik gelandangan.
Bila kali terakhir anda membaca buku berkualiti? Paling tidak buku yang anda fikir berjaya meningkatkan IQ dan memberikan pengalaman pembacaan yang berguna. Pasti ada - cuma barangkali hanya sebuah dua?
Tidak mengapa, jadikan cuti PKP sebagai detik terbaik bersama keluarga dan memulakan budaya membaca di rumah. Cerdikkan IQ. Kalau tidak, jenuh anda akan dibuli dalam persekitaran gosip sensasi media sosial.
IQ anda tidak akan meningkat dengan dengan menyibukkan diri bersama penggosip media sosial yang sibuk mencetuskan rasa panik masyarakat. Anda pasti tidak mahu menjadi orang bodoh di media sosial.
Ayuh, segera tingkatkan IQ anda. Mulakan sekarang. Jadikan tempoh PKP sebagai detik meraikan kebangkitan pustaka minda melalui budaya membaca.
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Fri Mar 20 2020
Jadikan cuti PKP sebagai detik terbaik bersama keluarga dan memulakan budaya membaca di rumah. - Gambar hiasan
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Anwar ajak umat Islam hayati semangat hijrah Nabi Muhammad SAW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengajak umat Islam untuk menghayati semangat penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah.
Aplikasi MySejahtera mungkin diwajibkan kepada premis tertentu - Mohd Redzuan
Perkara itu sedang dibincangkan dengan Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Peguam Negara, antara lain mengenai sama ada ia boleh dikuat kuasa sebagai satu undang-undang.
KLWBC 2020: Jadikan Perintah Kawalan Pergerakan tempoh membaca
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan kempen 'Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku'. Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) mempromosi 'Lima Buku Cerita Pendek' yang boleh dibaca semasa PKP.
Jokowi seru budaya baharu tapi pengguna MRT tonjol aksi 'kampungan'
Jakarta kini memiliki sistem transit laju atau Transit Aliran Massa (MRT) pertama yang disempurnakan oleh Presiden Joko Widodo pada Ahad.