IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang merancang mendigitalkan buku pendermaan darah bagi menambah baik kemudahan berkenaan sebagai satu daripada usaha untuk menarik lebih ramai penderma dalam kalangan orang muda.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata melalui aplikasi itu, penderma darah dapat mengakses rekod pendermaan mereka dengan lebih mudah dan pantas.
"Mereka (penderma darah) juga dapat memantau tarikh pendermaan terakhir, tarikh pendermaan darah seterusnya, maklumat mengenai pendermaan terkini, lokasi pendermaan darah dan kempen pendermaan darah bergerak.
"Pada masa hadapan, aplikasi ini juga membolehkan para penderma darah membuat janji temu untuk aktiviti pendermaan darah mereka. la lebih fleksibel dan mesra pengguna," katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan dan Pengarah Pusat Darah Negara Dr Mohamad Masrin Md Zahrin.
Dalam pada itu, Dr Muhammad Radzi berkata pihaknya menyasarkan golongan muda berusia 17 hingga 24 tahun sebagai pelapis penderma darah yang baharu.
Beliau berkata hal itu kerana pihaknya menyasarkan 3.5 peratus jumlah penduduk di negara ini ialah penderma darah menjelang 2030, berbanding ketika ini hanya 2.3 peratus.
Katanya, kumpulan penderma darah yang kecil akan semakin berkurangan disebabkan peningkatan usia dan faktor-faktor lain sekiranya tiada penglibatan yang lebih daripada masyarakat.
Sementara itu, penerima Anugerah Penderma Darah Jenis Jarang Jumpa Nazran Mohd Nawawi, 47, dari Puncak Alam, Selangor telah menderma darah lebih 300 kali sejak 1995.
Nazran yang mempunyai darah jenis O berkata darahnya dikategorikan jarang jumpa disebabkan keistimewaan pada jenis platelet yang terkandung dalam darahnya yang sangat diperlukan bagi individu yang menghidap penyakit tertentu.
"Kira-kira tiga tahun lepas saya dimaklumkan kakitangan perubatan makmal darah di Kuala Lumpur hanya ada dua individu termasuk saya yang mempunyai darah sedemikian.
"Saya diberitahu darah macam saya susah didapati, ia sangat diperlukan oleh pesakit yang menghidap jenis penyakit yang jarang berlaku," katanya yang merupakan pekerja di sebuah hotel.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024

Dr Muhammad Radzi (tengah) menyampaikan sijil penghargaan dan plak kepada Penderma Aferesis Terbanyak Nurdin Isa (kanan) pada Majlis Apresiasi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024. -Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kes demam denggi menurun pada ME40, tiga kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,639 kes pada Minggu Epidemiologi ke-40 (ME40) iaitu bagi tempoh 29 Sept hingga 5 Okt lepas berbanding 1,760 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 37, tiada kematian dilaporkan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

Mpox: Satu kes positif pada 16 Sept, pesakit dalam keadaan stabil - KKM
Pesakit merupakan seorang lelaki warga Malaysia yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September.

Kes demam denggi menurun pada ME 35, empat kematian dilaporkan
Bilangan lokaliti 'hotspot' yang dilaporkan pada ME 35 sebanyak 64 lokaliti berbanding 85 pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME32, dua kematian direkod
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME32 adalah sebanyak 90,533 kes berbanding 73,680 bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod
Kes demam denggi menurun kepada 2,609 pada Minggu Epidemiologi ke-30 berbanding 2,690 pada minggu sebelumnya yang menyaksikan empat kematian dilaporkan.

Pindaan Akta Perubatan tingkat tadbir urus latihan, pendaftaran pakar - KP Kesihatan
Pindaan ini juga mencerminkan kepercayaan kerajaan terhadap MMC sebagai badan kawal selia, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

317 kes denggi baharu, empat kematian dilaporkan
Sebanyak 317 kes baharu demam denggi dan empat kematian dilaporkan pada Minggu Epidemologi ke-29 (ME29).

Kes demam denggi berkurangan pada ME28, tiada kematian dilaporkan
Terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 45 kematian bagi tempoh sama pada 2023.