KUALA LUMPUR: Empat strategi yang digariskan Pasukan Bertindak Khas untuk Greater Klang Valley Kesihatan Awam Di Lembah Klang perlu memberi fokus kepada kerjasama strategik merentasi agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan masyarakat.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid melihat langkah itu penting bagi memastikan setiap intervensi dan usaha menurunkan kes COVID-19 di Lembah Klang dilakukan dengan lebih komprehensif.

"Apa aktiviti-aktiviti yang disebutkan dengan perancangan itu nampak terhad kepada KKM sahaja. Seolah-olah KKM bekerja sendiri untuk menyelesaikan masalah 11,079 sehari, sudah pasti ini tidak berupaya memberi kesan positif jangka panjang" katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini pada Selasa.

Dalam sidang media khas KKM hari ini, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Khas itu, Datuk Dr Chong Chee Kheong, menggariskan empat strategi itu ialah bekerjasama dengan pakar kesihatan termasuk daripada luar Kementerian Kesihatan (KKM); bekerjasama dengan sektor ekonomi; pemerkasaan orang ramai serta meningkat dan menggiatkan pemberian vaksin kepada populasi di negara ini.

Katanya, perkara lain yang diberi perhatian termasuk sama ada tindakan kesihatan awam akan terus dilakukan dengan mengawal peningkatan kes atau perlu memulakan mitigasi jangkitan.

BACA: COVID-19: 11,079 kes baharu, angka tertinggi negara sejak pandemik bermula


[TERKINI] Situasi semasa penularan jangkitan COVID-19 negara
 
Hari ini, negara merekodkan 11,07kes, angka tertinggi sejak penularan COVID-19 bermula di dalam negara dengan negeri Selangor mencatat sejumlah 5,263 kes.