MELAKA: Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok, dibentangkan pada persidangan Parlimen awal Jun ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata RUU berkenaan sangat penting bagi melindungi kesihatan generasi muda dan ia merangkumi dua perkara utama iaitu kawalan terhadap produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat Rokok.
"RUU berkenaan sebelum ini tidak sempat dibentangkan dalam sidang Parlimen sebelum ini kerana berlaku pembubaran kerajaan sebelum ini namun KKM akan memastikan komitmen untuk membawa RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen yang akan diadakan selepas cuti Hari Kaamatan dan Hari Gawai.
"Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa juga telah membawa kertas RUU berkenaan ke Kabinet pada minggu lepas dan saya dimaklumkan Kabinet telah bersetuju untuk KKM membawa RUU berkenaan untuk bacaan kali pertama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Tembakau Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem dan Pengarah Kesihatan Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.
Mengulas lanjut, Lukanisman berkata pelaksanaan RUU berkenaan perlu disegerakan kerana berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), pengguna rokok elektrik dalam kalangan remaja di negara ini mencatatkan peningkatan sebanyak 14.9 peratus kepada 307,109 orang pada tahun lepas berbanding 9.8 peratus atau 211,084 orang pada 2017.
Beliau berkata berdasarkan jumlah statistik pada tahun lepas, sebanyak 242,849 pengguna terdiri dalam kalangan remaja lelaki manakala 64,260 orang adalah remaja perempuan.
"Peningkatan jumlah pengguna rokok elektronik dalam kalangan remaja amat membimbangkan, justeru bagi mengatasi isu dan masalah penggunaan produk merokok terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, kawalan undang-undang perlu diperkukuh melalui RUU berkenaan.
"Ini kerana remaja dan kanak-kanak pada masa kini sangat terdedah dengan lambakan dan tarikan pelbagai jenis produk merokok dan menerusi RUU berkenaan ia diharap dapat mencegah generasi muda daripada memulakan tabiat merokok," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Ia merangkumi kawalan terhadap produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat Rokok. -Gambar fail/Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

RUU Pekerja Gig 2025 bakal dibentang Mac ini
Malaysia bakal menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi melindungi pekerja gig sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja GIG 2025 diluluskan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan Julai ini - Nga
KPKT dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar pada sesi Parlimen Julai ini.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.

Pengesahan identiti pengguna media sosial wajar dilaksanakan - Penganalisis
Langkah keselamatan melalui pengesahan identiti pengguna yang membuka akaun media sosial merupakan langkah yang wajar untuk dilaksanakan.

Singapura perkenal rang undang-undang kekalkan keharmonian kaum
Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu di Parlimen pada Selasa.

Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk

Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.

RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.

Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.