KUALA LUMPUR: Biarpun kadar kes darah beku berkenaan vaksin AstraZeneca amat rendah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memberi jaminan akan terus memantau sebarang kejadian yang berkaitan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kementerian juga memberi jaminan akan terus memberi rawatan segera jika kes benar-benar berlaku.
Tambahnya lagi, orang ramai juga dinasihat untuk memantau tahap kesihatan mereka, di samping perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala yang tersenarai dalam masa empat hari hingga empat minggu selepas suntikan pertama vaksin berkenaan.
Antara gejala yang tersenarai ialah: “Sakit kepala yang teruk tidak berkurangan dengan ubat tahan sakit ataupun ianya semakin teruk; sakit kepala semakin teruk apabila berbaring atau semasa membongkok.
“Sakit kepala luar biasa disertai dengan, pandangan kabur, loya dan muntah, sukar bertutur, lemah, mengantuk atau sawan; bintik-bintik kecil pada kulit, lebam atau berlaku pendarahan, dan sukar bernafas, sakit dada, bengkak pada kaki atau sakit perut yang berterusan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mengikut jadual Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pemohon vaksin AstraZeneca yang berjaya akan mula mendapat suntikan pada 5 Mei ini (Rabu).
Empat pusat yang digazetkan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ialah World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ideal Convenction Centre Shah Alam (IDCC).
Dalam pada itu, Dr Adham berkata, pengamal perubatan yang merawat kes berkaitan, perlu menyiasat sama ada kes telah menerima vaksin dalam masa 30 hari sebelum gejala bermula.
“Pengamal perubatan juga perlu membuat pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan samada gejala yang ditunjukkan adalah disebabkan pembekuan darah. Sehubungan dengan itu pemeriksaan-pemeriksan berkaitan termasuk pemeriksaan darah dan radiologi perlu dijalankan dengan seberapa segera.
“Pengamal perubatan juga perlu membuat pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan samada gejala yang ditunjukkan adalah disebabkan pembekuan darah. Sehubungan dengan itu pemeriksaan-pemeriksan berkaitan termasuk pemeriksaan darah dan radiologi perlu dijalankan dengan seberapa segera,” katanya lagi.
Buat masa ini, Dr Adham berkata, KKM akan menerima satu juta dos vaksin AstraZeneca pada hujung Mei ini melalui fasiliti COVAX, sebagai tambahan kepada 268,800 dos sedia ada.
Selain itu, beliau berkata, keputusan juga telah dibuat bahawa tempoh penerimaan antara dos pertama dan dos kedua adalah selama 12 minggu.
Firdaus Azil
Tue May 04 2021

Orang ramai dinasihat untuk memantau tahap kesihatan mereka, di samping perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala, kata Dr Adham Baba. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PAC: Perolehan ventilator ketika Dr Adham Baba jadi Menteri Kesihatan - Mas Ermieyati
Perolehan ventilator tanpa perjanjian bertulis seperti dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini berlaku ketika Dr Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan.

Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul

PRU15: UMNO yakin kekal tiga kerusi deposit di Johor - Dr Adham
Kerusi Parlimen Tenggara, Kota Tinggi dan Pengerang, yang merupakan kawasan deposit tetap UMNO diyakini kekal dalam genggaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: 'Saya orang parti, penting untuk sokong calon baharu' - Dr Adham Baba
Jelas Dr Adham, sebagai orang parti, adalah penting untuk pemimpin menyokong calon muka baharu dalam memastikan kemenangan BN.

PRU15: Dr Adham gugur, BN calonkan Manndzri Nasib di Parlimen Tenggara
Datuk Seri Dr Adham Baba tidak diumumkan sebagai calon yang bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon PRU15: "Tak letak Dr Adham di Tenggara satu malapetaka besar" - Nasaruddin
Barisan Nasional (BN) Tenggara memohon agar pucuk pimpinan parti itu mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk bertanding di kawasan itu.

PRU15: BN Johor umum manifesto, lancar jentera parti 2 November
BN Johor akan bentang manifesto serta perkembangan Ikhtiar Johor seperti yang telah dibentangkan pada PRN Johor yang lalu.

MOSTI mahu pendekatan lebih kreatif digunakan dalam pembelajaran STEM
Pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif amat digalakkan dalam pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Usahawan Pahang disaran sertai program MYStartup
Bilangan syarikat pemula di Pahang yang berdaftar masih berada pada tahap yang rendah iaitu hanya 13 syarikat daripada sektor edutech, agritech, e-dagang, logistik dan kesihatan.

Malaysia, IAEA tandatangani perjanjian kerjasama
Bidang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pendidikan dan latihan bagi keselamatan radiasi, pengangkutan dan sisa.