KUALA LUMPUR: Agensi Nuklear Malaysia, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menandatangani Practical Arrangement (PA) dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna, Austria pada Selasa bagi menjalin kerjasama pendidikan dan latihan dalam bidang radiasi, pengangkutan dan keselamatan sisa radioaktif.
MOSTI dalam kenyataan memaklumkan PA itu menggariskan bidang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pendidikan dan latihan bagi keselamatan radiasi, pengangkutan dan sisa di rantau Asia Pasifik.
"PA ini turut menegaskan semula kepentingan kerjasama sebagai cara mempromosikan pendekatan bersepadu untuk pembangunan bidang pendidikan dan latihan, menyokong program kerjasama teknikal yang lebih berkesan serta memastikan penyelarasan dan pelengkap aktiviti," katanya.
PA itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Dr Abdul Rahim Harun dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Keamanan Nuklear Lydie Evrard serta disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menurut MOSTI, Malaysia dan IAEA akan terus bekerjasama untuk membantu negara-negara anggota IAEA yang lain dalam bidang latihan dan pembangunan kapasiti, memperkukuh usaha penyelidikan serta pertukaran dan penyebaran maklumat yang berkesan.
Sementara itu, Dr Adham yang menyertai Persidangan Agung IAEA ke-66 di Vienna dari 27 hingga 30 Sept turut menyampaikan Kenyataan Negara yang menekankan komitmen Malaysia untuk memupuk kerjasama yang lebih erat dengan IAEA ke arah mencapai matlamat dan kepentingan bersama.
"Malaysia menghargai sokongan IAEA dalam projek-projek kajian koordinasi untuk memupuk perkongsian maklumat saintifik dan teknikal.
"Malaysia juga berbesar hati diiktiraf IAEA sebagai Pusat Kerjasama IAEA dalam bidang pemprosesan radiasi, ujian tanpa musnah termaju dan pembiakbakaan mutasi aruhan tumbuhan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Malaysia berharap untuk memperbaharui pengiktirafan sebagai Pusat Kerjasama IAEA supaya pengalaman dan kepakaran Malaysia dapat terus dikongsikan dengan negara anggota yang lain.
Lebih 50 tahun penglibatan sebagai anggota IAEA, Malaysia telah bekerjasama dalam bidang perubatan dan kesihatan, makanan dan pertanian, perindustrian dan pembuatan, alam sekitar, keselamatan radiasi, pendidikan dan latihan, peraturan serta bidang kepentingan lain yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
PA itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Dr Abdul Rahim Harun dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Keamanan Nuklear Lydie Evrard. - Foto Facebook/MOSTI
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
PAC: Perolehan ventilator ketika Dr Adham Baba jadi Menteri Kesihatan - Mas Ermieyati
Perolehan ventilator tanpa perjanjian bertulis seperti dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini berlaku ketika Dr Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan.
Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul
PRU15: UMNO yakin kekal tiga kerusi deposit di Johor - Dr Adham
Kerusi Parlimen Tenggara, Kota Tinggi dan Pengerang, yang merupakan kawasan deposit tetap UMNO diyakini kekal dalam genggaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: 'Saya orang parti, penting untuk sokong calon baharu' - Dr Adham Baba
Jelas Dr Adham, sebagai orang parti, adalah penting untuk pemimpin menyokong calon muka baharu dalam memastikan kemenangan BN.
PRU15: Dr Adham gugur, BN calonkan Manndzri Nasib di Parlimen Tenggara
Datuk Seri Dr Adham Baba tidak diumumkan sebagai calon yang bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Calon PRU15: "Tak letak Dr Adham di Tenggara satu malapetaka besar" - Nasaruddin
Barisan Nasional (BN) Tenggara memohon agar pucuk pimpinan parti itu mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk bertanding di kawasan itu.
PRU15: BN Johor umum manifesto, lancar jentera parti 2 November
BN Johor akan bentang manifesto serta perkembangan Ikhtiar Johor seperti yang telah dibentangkan pada PRN Johor yang lalu.
MOSTI mahu pendekatan lebih kreatif digunakan dalam pembelajaran STEM
Pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif amat digalakkan dalam pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Usahawan Pahang disaran sertai program MYStartup
Bilangan syarikat pemula di Pahang yang berdaftar masih berada pada tahap yang rendah iaitu hanya 13 syarikat daripada sektor edutech, agritech, e-dagang, logistik dan kesihatan.
Malaysia, IAEA tandatangani perjanjian kerjasama
Bidang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pendidikan dan latihan bagi keselamatan radiasi, pengangkutan dan sisa.