Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang hari ini menggesa seluruh rakyat Malaysia agar menghayati keyakinan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah terhadap kepelbagaian kebudayaan dalam kukuh dalam Malaysia, sebagai satu platform paling sesuai untuk dialog antara pelbagai agama yang berbeza.
Pemimpin kanan DAP itu menegaskan dengan menghayati dan mengamalkan keyakinan itu, Malaysia boleh memainkan peranan lebih besar dalam komuniti antarabangsa bagi memupuk persefahaman, toleransi dan harmoni, di kala unsur kebencian, sikap tidak bertoleransi dan konflik mulai menjelma.
"Ucapan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Dialog Ketamadunan Belia Malaysia-China berhubung Islam dan Confucianism yang Kedua semalam sempena Ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia-China itu memang tepat, dan kena pada masanya.
"Kedua-dua ucapan dan dialog mengetengahkan fakta penting, bahawa Malaysia menjadi titik pertemuan empat tamadun terhebat dunia - yakni Islam, Cina, India dan barat - dan membangkitkan satu cabaran kepada rakyat Malaysia, soal bagaimana kita boleh memanfaatkan nilai dan kualiti yang terbaik dari ketamadunan ini bagi membina negara Malaysia dan dunia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata kenyataan Sultan Nazrin sangat tepat, dalam merujuk suasana kehidupan kita hari ini di dunia yang berpecah belah dan konflik yang meningkat; namun kumpulan sederhana dalam semua etnik, agama, kebudayaan dan negara; tidak harus terikut-ikut dengan kumpulan ekstrem yang tidak berfikiran rasional; kerana walau di mana-mana sekalipun tempatnya, kumpulan majoriti sebenarnya adalah dari kalangan mereka yang berskiap sederhana dan rasional.
Lim berkata sebagaimana yang dikatakan oleh Sultan Nazrin pada majlis konvokesyen ke-48 Politeknik Ungku Omar di Ipoh, rakyat Malaysia perlu menolak ekstremis perkauman dan agama.
"Kata baginda 'Selepas 62 tahun merdeka, suara perpaduan dan suara kemodenan yang dibawa seluruh rakyat tidak pernah membenarkan fahaman ini dinafikan oleh sesiapa jua bagi tujuan politik jangka pendek, yang sungguh cetek pemikirannya'.
"Masa depan rakyat dan negara tidak seharusnya diserahkan kepada kumpulan yang membawa ideologi perkauman dan ekstremis agama," katanya.
Sementara itu Lim berkata beliau sentiasa percaya bahawa sifat Malaysia sebagai negara berbilang bangsa, berbilang agama dan berbilang kebudayaan menjadi tempat pertemuan terbaik bagi empat tamadun dunia itu untuk memainkan peranan penting dalam "Perikatan Ketamadunan", di arena dalam negara mahupun antarabangsa.
"Sekiranya ucapan Sultan Nazrin dapat membantu Malaysia bergerak kearah ini; bagi memupuk persefahaman, toleransi dan saling menghormati perbezaan dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya; di dalam negara dan juga dunia; bagi mengawal kebangkitan rasa benci dan sikap tidak bertoleransi; maka ia adalah satu pencapaian yang hebat di pihak raja," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 22 2019

KIT SIANG: Masa depan rakyat dan negara tidak seharusnya diserahkan kepada kumpulan yang membawa ideologi perkauman dan ekstremis agama. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Lim Kit Siang positif COVID-19
Veteran DAP itu menjalani ujian RTK-Antigen di Parlimen hari ini sebelum melakukan ujian RT-PCR dan disahkan positif COVID-19.

Lim Kit Siang sekali lagi umum tanding pemilihan DAP
Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan sekali lagi akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan Jun tahun ini.

Kit Siang gesa hayati ucapan Sultan Nazrin untuk pupuk toleransi, harmoni
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang hari ini menggesa seluruh rakyat Malaysia agar menghayati keyakinan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah terhadap kepelbagaian kebudayaan dalam kukuh dalam Mala

Kit Siang tarik diri debat dengan Najib
Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan debatnya dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hanif Omar tak nyanyuk
Meskipun digelar nyanyuk, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dilihat seakan tidak terkesan atau marah dengan kenyataan dibuat veteran DAP, Lim Kit Siang.