KISAHNYA sama seperti arwah Siti Sarah.
Setiap hari suami setia menanti perkhabaran isteri.
Walaupun takut menunggu panggilan hospital, tapi inilah hakikat yang harus dilalui oleh seorang suami.
Mohd Zulkifli Mohdisa masih mengharapkan ada keajaiban untuk isterinya yang disahkan COVID-19.
Sejak isteri ditidurkan dan melahirkan anak di usia kandungan 31 minggu hingga ke hari ini, dia tidak putus mendoakannya supaya kuat dan kembali sedar.
“Berilah belas kasihanmu, ya Allah.
"Terasa bagai diragut nyawaku, terasa gelap sepi apabila mendapat perkhabaran dari doktor, oksigen dalam darah menurun berbanding semalam.
"Semalam 72%, hari ini 52%. Kadar jangkitan pada paru-paru 75% dan terdapat darah beku.
"Sel darah putih masih tinggi dari normal. Masih perlukan alat bantuan pernafasan dan masih dalam keadaan ditidurkan.
"Allahhuakbar. Ya Allah. Berikanlah belas kasihanmu pada hambamu ini… berikanlah kami peluang untuk bersama kembali, ya Allah.
"Sebagai suami, tiada apa yang saya mampu harapkan selain doa yang tak putus buat isteri yang kini sedang bertarung nyawa di ICU.
"Jutaan terima kasih pada yang sudi mendoakan isteri dan anak saya. Tiada ucapan mahu pun ungkapan yang saya dapat luahkan selain terima kasih.
"Keadaan terkini isteri saya masih lagi ditidurkan dan masih perlukan alat bantuan pernafasan.
"Walaupun perubahan tak banyak saya masih mengharapkan kejaiban dan belas ihsan dari Allah SWT untuk isteri dan anak yang dilahirkan secara pembedahan cepat sihat.
"Saya masih menanti perkembangan tentang anak saya. Setakat hari ini masih tiada lagi perkembangan dari pihak hospital.
"Maafkanlah isteri saya jika dia ada mengguris hati sesiapa. Doa kalian masih saya harapkan. Diharap kalian semua juga sentiasa dalam kesihatan yang baik dan dalam lindungannya."
Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah yang dikongsikan oleh Zulkifli mengenai keadaan isteri yang disahkan COVID-19 sehingga terpaksa melahirkan anak kedua mereka secara pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
Namun hingga kini, keadaan isteri masih kritikal dan bayi lelaki yang dilahirkan turut mempunyai jangkitan di paru-paru.
Kredit: Mohd Zulkifli Mohdisa
Artikel asal di Pa&Ma
Pa and Ma
Tue Aug 10 2021
Mohd Zulkifli Mohdisa masih mengharapkan ada keajaiban untuk isterinya Faiqah yang disahkan COVID-19. -Pa&Ma
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ajai dedah lagu Kesetiaan bukan asalnya milik arwah Siti Sarah
Ajai berkata, pada asalnya lagu Kesetiaan itu dicipta dan telah dirakamkan oleh artis wanita lain.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.
GV10: "Kalau arwah masih ada..." - Liza Hanim
Liza Hanim terkenang sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah.
Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.
Pakai jubah, tudung pemberian Siti Sarah, netizen doakan Nora Danish istiqamah
Penampilan Nora yang sopan dan sederhana itu mendapat pujian daripada netizen.
Kongsi video sebak kenangan akhir, Shuib mahu bersihkan nama Siti Sarah
Sedih dengan fitnah, Shuib berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
Tuduhan ini melampau! Macam saya yang bunuh isteri saya - Shuib
Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.
Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.
Mamat dedah punca tidak hadir majlis pernikahan Shuib
Mamat berkata dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahan rakannya itu untuk mengucapkan tahniah.