KOTA BHARU: Masih segar dalam ingatan bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) Lans Koperal (B) Yaacob Daud, 74, apabila kaki kanannya terpaksa dipotong hingga bawah paras lutut akibat terpijak jerangkap samar pada 31 Disember 1977.
Yaacob berkata segalanya bermula ketika beliau terbabit dalam Op Kota Echo di Perak bersama satu batalion disertai 32 anggota PPH bagi menjejaki Komunis pada waktu itu.
"Pada kira-kira 10 pagi, saya bersama tiga anggota ditugaskan meninjau di sekitar kawasan Sungai Bedil bagi tujuan memasang khemah untuk bermalam di situ sebelum meneruskan perjalanan menjejaki Komunis.
"Bagaimanapun, saya yang berada di kedudukan paling hadapan telah ditembak di bahagian kiri perut oleh Komunis yang berada di atas bukit, yang mengesan kehadiran kami," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Bukit Kecik, Melor di sini hari ini.
Yaacob yang juga dikenali sebagai 'Polis Jali' oleh penduduk setempat berkata sejurus perutnya ditembak dan dalam keadaan suasana kelam-kabut itu, kaki kanannya telah terpijak jerangkap samar ditanam musuh lalu menyebabkan badannya terpelanting sekali gus mengakibatkan sebahagian kaki kanannya hancur serta putus.
Menurut Yaacob, kecederaan dialami beliau dilaporkan pegawai penyiasat batalion pada kira-kira 12 tengah hari sebelum diterbangkan segera ke Hospital Ipoh untuk rawatan.
"Doktor segera melakukan pembedahan dan disebabkan kecederaan teruk itu, sebelah kaki (kanan) saya terpaksa dipotong hingga paras bawah lutut bagi membuang serpihan tulang selain mengelak jangkitan kuman.
"Saya dirawat di hospital selama dua bulan dan kemudian pulang ke rumah selepas mendapat kaki palsu," katanya dengan menambah dibantu isteri, Nafishah Awang Teh, 71, sepanjang pemulihan kaki.
Bapa kepada tujuh anak dan bersara daripada PPH pada 2002 itu berkata, beliau menyertai pelbagai operasi sebelum kejadian itu dan kemudian terlibat dengan kerja pengurusan sahaja selepas kecacatan dialami.
"Saya menerima takdir bergelar orang kurang upaya (OKU) namun sebagai seorang yang berkhidmat dalam PPH, saya tidak menyesal sedikit pun kerana apa yang dilakukan ini adalah rasa cinta mendalam terhadap tanah air.
"Saya berpuas hati dengan pengorbanan ini kerana ketika itu pasukan kami mahu memastikan negara bebas daripada cengkaman pengganas komunis. Generasi muda hargailah kemerdekaan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021
Yaacob Daud, 74, dibantu anak sulungnya, Fadhilah Yaacob, 51, semasa memakai kaki palsu ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Kecik, Melor di sini hari ini. - Bernama
Produktiviti buruh kunci pertumbuhan ekonomi Indonesia - Menteri
Menurut Yassierli, program skilling direka untuk melengkapkan pencari kerja dan siswazah baharu.
Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.
Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kerana kemungkinan masalah teknikal
Syarikat penerbangan Rusia, UTair, pada Sabtu memaklumkan bahawa pesawatnya yang sedang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo selepas men
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.
Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Pasangan kembar berusia 19 tahun itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.
Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
UNRWA pindah beribu fail pelarian dari Gaza, Tebing Barat ke lokasi selamat
Philippe Lazzarini menegaskan bahawa "UNRWA adalah pemegang amanah kepada identiti dan sejarah pelarian Palestin."
Serangan berdarah Kalabakan tinggal kesan mendalam kepada bekas polis hutan
Seorang bekas pejuang yang terlibat langsung dalam peristiwa itu kongsi pengalaman pahit yang dilaluinya ketika itu.
Kisah Yaacob Daud: Sudahlah perut ditembak, kaki terpijak jerangkap samar pula
Segalanya bermula ketika terbabit dalam Op Kota Echo di Perak bersama satu batalion 32 anggota PPH bagi menjejaki Komunis pada tahun 1977.