Portal berita video, KiniTV dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menghantar komunikasi jelik menerusi video oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengkritik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Julai lepas.
KiniTV diwakili Pengarahnya, Steven Gan Diong Keng, 54, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.
KiniTV Sdn Bhd didakwa telah membuat dan menghantar satu komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain iaitu dua versi video bertajuk "Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan" dan "Khairuddin: Apandi Ali not fit to be AG, he should quit immediately" pada 10 pagi, 2 Ogos di Jabatan Peguam Negara, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya.
KiniTV, yang juga anak syarikat portal berita, Malaysiakini didakwa menyiarkan dua video tersebut, masing-masing menggunakan pautan aplikasi di (http//www.kinitv.com/video/36070308) pada 1.14 tengah hari dan http//www.kinitv.com/video/36708074 pada 1.34 tengah hari, 27 Julai lepas.
Sementara itu, Gan turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang sama, yang ketika kesalahan itu dilakukan, beliau merupakan pengarah KiniTV.
KiniTV didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala Gan didakwa mengikut Seksyen 244(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan sebanyak RM40,000 untuk kesemua pertuduhan yang dihadapi KiniTV dan Gan.
Peguam Fahri Azzat, yang mewakili KiniTV dan Gan bagaimanapun memohon jumlah jaminan minimum diberikan kepada OKS atas alasan Gan yang berpengalaman selama 17 tahun di Malaysiakini, dikenali ramai dan telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak pendakwaan.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan Gan dan syarikat itu dibebaskan dengan jaminan tanpa cagaran berjumlah RM8,000 tanpa penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 3 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016

Gan mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang sama, yang ketika kesalahan itu dilakukan, beliau merupakan pengarah KiniTV. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung laporannya berkaitan dakwaaan salah laku membabitkan Apandi Ali.

Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu
Dalam perjumpaan itu nanti, keduanya akan berbincang mengenai hala tuju NGO Melayu dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.

Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
Khairuddin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz Mahathir.

Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.

Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju
Pejuang membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya dana tersebut digunakan untuk menyogok pihak tertentu.

Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi
Datuk Masri Mohd Daud, yang mengendali kes itu pada 2015, berkata pendakwaan terhadap Khairuddin juga dibuat berdasarkan keterangan lain.

Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin
Khairuddin berkata, Dr Mahathir mempunyai formula tersendiri bagi membantu negara untuk menyelesaikan isu pandemik COVID-19 yang berada di tahap yang amat mengerikan kini.

Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok
Esok Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan menerima menghadap ketua-ketua parti politik di Istana Negara.

Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong
Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan
Defenden berkata, Khairuddin tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1MDB.