KUALA LUMPUR: Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang Ulya Aqamah Husamudin berkata Pengerusi Pro-tem Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini.
"Surat rasmi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong telah diterima pada minggu lepas lagi. Bagaimanapun waktu (untuk Dr Mahathir menghadap) belum ditentukan lagi setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pengesahan Pejuang itu hadir selepas kedengaran desas-desus bahawa semua pemimpin parti politik di negara ini akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai ada kaitan dengan keadaan semasa negara.
BACA: YDP Agong dijangka bertemu ketua, penasihat parti politik - Sumber
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon ketika diajukan soalan sama, masing-masing menyatakan mereka tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu setakat ini.
Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran pula memaklumkan parti mereka belum menerima sebarang jemputan rasmi daripada Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui mendengar desas-desus berkenaan namun tidak dapat memastikan sama ada parti tersebut telah menerima surat jemputan tersebut.
"Dengar khabar begitulah (dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong). Saya tidak ke pejabat...tak pasti sama ada (UMNO) dah dapat surat atau belum," katanya.
Berlainan pula dengan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang meminta Bernama merujuk perkara berkenaan kepada Ahli Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
"Rujuk Khairuddin... dia mungkin tahu lebih berbanding maklumat yang kami ada," kata Saifuddin Nasution.
Semalam, media melaporkan Khairuddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Pro-tem Pejuang Wilayah Persekutuan, sebagai berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap semua pimpinan parti politik termasuk pembangkang.
Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat yang dianggotai pemimpin pembangkang ditubuhkan bagi mengumpul petisyen supaya darurat COVID-19 ditamatkan segera.
Pada 11 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik COVID-19.
Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri pada 9 Feb lepas, mengumumkan pelantikan 19 ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021

Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang Ulya Aqamah Husamudin berkata Pengerusi Pro-tem Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini. - Gambar fail

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua Pejuanita Muda letak jawatan
Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.

Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman
Muhammad Rafique berkata keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU16.

Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tempoh maksimum lawatan banduan yang diberikan hanya 45 minit.

"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.

PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.

Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.

'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.

PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.