KOTA BHARU: Muafakat Nasional (MN) dijangka mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad minggu depan.

Ahli Majlis Dewan Tertinggi MN Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata dalam perjumpaan itu nanti, Presiden MN Tan Sri Annuar Musa akan berbincang dengan Dr Mahathir berhubung hala tuju pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.

"Perjumpaan ini penting kerana Tun Dr Mahathir (pernah) berkata kita kena duduk semeja dan perlu menganjurkan penyatuan dan perpaduan secara total di negara ini," katanya kepada pemberita selepas Wacana Muafakat Nasional bertajuk 'Muafakat Demi Negara' di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Melor, di sini semalam.

Antara panel yang hadir pada wacana itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pendakwah serta Penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

BACA: 'Muafakat Nasional terima lebih 10,000 ahli selepas beberapa jam dibuka' - Annuar

BACA: Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli

BACA: MN tidak akan didaftarkan sebagai parti politik - Annuar

-- BERNAMA