KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Habibi Majinji memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Semasa peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin merujuk laporan polis yang dibuat anak guamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 12 Dis 2014, Habibi, 46, bersetuju dengan peguam itu bahawa laporan polis hanya menyatakan kesangsian Khairuddin terhadap urus tadbir syarikat 1MDB.
"Laporan polis itu kemudian dirujuk kepada unit siasatan jenayah Bukit Aman," kata Habibi semasa disoal balas Mohamed Haniff pada hari ketiga perbicaraan kes saman Khairuddin terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan tujuh individu lagi berhubung penahanan dan pendakwaannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon.
Mohamed Hanif: Adakah ACP (Habibi) setuju bahawa Khairuddin juga ada memuat naik komen mengenai isu 1MDB di akaun Facebooknya, namun tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib.
Habibi: Setuju.
Habibi, selaku defendan ketiga dalam kes saman itu turut bersetuju dengan cadangan Mohamed Haniff bahawa laporan media berkaitan kenyataan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung penubuhan pasukan khas untuk menyiasat isu 1MDB tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
Beliau juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa Najib telah mengeluarkan kenyataan yang mana dakwaan terdapat kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya adalah tuduhan liar dan mensabotaj kerajaan.
Terdahulu, semasa membacakan penyataan saksinya, Habibi berkata beliau membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat di Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ASP C. Muniandy untuk melanjutkan penahanan terhadap Khairuddin selama 28 hari di bawah SOSMA bagi tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 124K dan Seksyen 124L Kanun Keseksaan.
"Saya berpuas hati bahawa permohonan lanjutan penahanan Khairuddin adalah kerana Muniandy memerlukan saksi dan dokumen untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu," katanya yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah ketika menjawab soalan Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi.
Pada Mei 2018, Khairuddin memfailkan saman itu terhadap ASP Wan Aeidil Wan Abdullah dan Muniandy, kedua-duanya pegawai penyiasat di Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji dan Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga keempat.
Turut dinamakan sebagai defendan kelima hingga kelapan ialah Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud, Peguam Kanan Persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Kerajaan Malaysia.
Khairuddin mendakwa beliau telah ditahan pihak berkuasa pada 18 Sept 2015 mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan, dan pada 23 Sept tahun sama selepas dibebaskan, plaintif ditahan semula mengikut SOSMA dan telah berada dalam tahanan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 124L akta sama atas dakwaan cuba melakukan sabotaj pada perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.
Secara keseluruhan, plaintif telah ditahan selama 60 hari di Penjara Sungai Buloh dan pada 12 Mei 2017, mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan tidak akan meneruskan pendakwaan terhadap plaintif dan Khairuddin dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Plaintif mendakwa tindakan semua defendan menahan dan mendakwanya di mahkamah dilakukan dengan niat jahat dan melanggar hak kebebasannya di bawah Perlembagaan Persekutuan selain mendakwa reputasi dan imejnya sebagai ahli politik telah terjejas.
Mahkamah menetapkan 28 Mei untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh sambung perbicaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021
![Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619628704_KHAIRUDDINABUHASSA.jpg)
Secara keseluruhan, Khairuddin telah ditahan selama 60 hari di Penjara Sungai Buloh. - Gambar fail
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
![Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719291370_KHAIRUDDINABU.jpg)
Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung laporannya berkaitan dakwaaan salah laku membabitkan Apandi Ali.
![Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668877048_TunDrMahathir.jpg)
Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu
Dalam perjumpaan itu nanti, keduanya akan berbincang mengenai hala tuju NGO Melayu dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.
![Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654174202_KHAIRUDDINABU.jpg)
Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
Khairuddin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz Mahathir.
![Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000 Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654174202_KHAIRUDDINABU.jpg)
Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.
![Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655382699_TBCURITANAH.jpg)
Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju
Pejuang membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya dana tersebut digunakan untuk menyogok pihak tertentu.
![Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649339921_KHAIRUDDINABU.jpg)
Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi
Datuk Masri Mohd Daud, yang mengendali kes itu pada 2015, berkata pendakwaan terhadap Khairuddin juga dibuat berdasarkan keterangan lain.
![Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629643222_TunDrMahathir.jpg)
Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin
Khairuddin berkata, Dr Mahathir mempunyai formula tersendiri bagi membantu negara untuk menyelesaikan isu pandemik COVID-19 yang berada di tahap yang amat mengerikan kini.
![Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603642033_950x600.jpg)
Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok
Esok Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan menerima menghadap ketua-ketua parti politik di Istana Negara.
![Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604240041_partiPEJUANG.jpg)
Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong
Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.
![Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619628704_KHAIRUDDINABUHASSA.jpg)
Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan
Defenden berkata, Khairuddin tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1MDB.