KUALA SELANGOR: Dua remaja lelaki diarahkan untuk membuat kerja khidmat masyarakat dengan mencuci tandas selama 100 jam dalam tempoh enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas kesalahan khianat terhadap sebuah bangunan dengan api, tahun lepas.
Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua remaja berkenaan mengaku bersalah.
Siti Hajar turut memerintahkan bon berkelakuan baik sebanyak RM1,000 setiap seorang selama dua tahun serta melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dalam tempoh sama.
"Kamu juga tidak boleh keluar rumah sendirian bermula 8 malam hingga 6 pagi kecuali ditemani ibu bapa masing-masing. Kena hadir bengkel yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berumur 16 tahun dan masih bersekolah itu didakwa melakukan khianat dengan api dan menyebabkan kebinasaan tandas awam gelanggang futsal di Fasa 3 Bandar Puncak Alam di sini pada 2.47 petang, 28 Ogos 2022.
Pendakwaan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Terdahulu pada prosiding itu, wakil JKM mengemukakan laporan akhlak kedua-dua tertuduh selain mengemukakan dua syor termasuk berkelakuan baik.
Dua penasihat awam turut memberikan penyataan dalam galeri mahkamah menegur perbuatan kedua-dua tertuduh yang membinasakan harta awam dan memberi kesan kepada keluarga arwah mangsa seorang remaja lelaki (Muhammad Damin Mikhail Kansol).
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri turut memohon hukuman setimpal dikenakan kepada kedua-dua tertuduh kerana kejadian itu melibatkan kepentingan awam.
Turut hadir dalam prosiding tersebut peguam pemerhati Johan Ariff Salim Khan mewakili keluarga mangsa manakala kedua-dua remaja itu tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki, Muhamad Damin Mikhail Kansol, 16, ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam di sini angkara gurauan dua rakannya itu tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023

Kedua-dua remaja berkenaan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini. - Gambar/ Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Khianat dengan api, dua remaja dihukum cuci tandas 100 jam
Dua remaja lelaki diarahkan untuk membuat kerja khidmat masyarakat dengan mencuci tandas selama 100 jam dalam tempoh enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.