JOHOR BAHRU: Khayal dadah, mabuk dan tidak memiliki lesen memandu antara kesalahan yang sering direkodkan melibatkan pemandu bas pekerja di negeri ini, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Beliau berkata, terdapat juga pengusaha menggajikan pemandu warga asing, selain membawa penumpang melebihi kapasiti had permit atas alasan mahu mengurangkan kos dan mementingkan keuntungan.
"Terdapat satu kejadian pada 21 Oktober lepas, melibatkan sebuah bas pekerja dipandu secara melulu dan berbahaya di kawasan perindustrian Tebrau. Apabila kita dapat kesan pemandu itu, ujian urin dilakukan dan didapati dia positif dadah jenis methamphetamine.
"Susulan itu, dalam operasi kali ini, kita menjalankan ujian urin terhadap 20 pemandu bas pekerja dan dua daripadanya iaitu lelaki tempatan berumur 54 dan 34 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja," katanya kepada pemberita pada Operasi Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Johor di sini hari ini.
Beliau berkata dalam operasi itu, sebanyak 42 saman dikeluarkan termasuk membabitkan dua individu tidak mempunyai lesen memandu manakala 25 yang lain tiada lesen Kenderaan Perdagangan dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV).
Dalam operasi yang sama, Jabatan Alam Sekitar turut mengeluarkan 26 saman, enam notis dan empat kompaun atas kesalahan berkaitan asap dan bunyi kenderaan.
Ayob Khan berkata sejumlah 89 kes kemalangan jalan raya melibatkan bas pekerja direkodkan di Johor sejak Januari hingga bulan lepas, jika dibandingkan dengan 144 kes kemalangan jalan raya melibatkan bas pekerja pada tahun lepas.
Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan semua kontraktor penyelenggaraan jalan raya untuk memastikan setiap kon penghadang di jalan raya, turut diisi dengan pemberat seperti pasir atau air.
Peringatan itu susulan pihaknya telah menerima laporan pada 6 Okt lepas mengenai seorang penunggang motosikal mengalami cedera ringan dan hampir dirempuh sebuah lori selepas terjatuh akibat terlanggar kon yang bergerak di Jalan Kempas Lama-Seelong, di sini.
"Sehubungan itu, saya memberi peringatan kepada semua kontraktor terlibat dalam kerja penyelenggaraan jalan raya, pastikan kon yang diletak mesti berisi sama ada air atau pasir, agar kon itu tidak bergerak dan kekal statik," katanya.
Beliau turut mengingatkan semua kontraktor untuk membuat pemakluman di Ibu Pejabat Polis Daerah bagi sebarang kerja penyelenggaraan jalan raya yang memerlukan kon bagi memastikan kejadian sama tidak berulang dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap kontraktor yang cuai.
Pada 5 Okt, tular sebuah video berdurasi 34 saat di media sosial yang dirakam oleh pemandu kereta lain memaparkan penunggang motosikal berhenti selepas melanggar kon yang jatuh di tepi jalan yang sedang dalam penyelenggaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021

Ayob mendedahkan, terdapat juga pengusaha menggajikan pemandu warga asing, selain membawa penumpang melebihi kapasiti had permit. - Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Arwah abang menangis bila salam, peluk' - Adik pemandu bas
Menurut Noorismail, Allahyarham akan bertemu dengannya sebelum memulakan perjalanan ke mana-mana destinasi namun tidak berbuat demikian semalam.

11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bersepadu
Pihak berkuasa menjumpai satu alat untuk penyalahgunaan dadah, dipercayai milik pemandu bas itu.

Pemandu bas sekolah viral: 'Bagaimana TikTok benar akaun seperti ini begitu lama?' - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi mengenal pasti pihak lain yang didapati melakukan kesalahan dalam video pemandu bas.

Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.

Nahas maut di Rompin: Pemandu bas didakwa memandu secara melulu
Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian di Jalan Kuantan-Segamat.

Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja
Seorang pemandu bas persiaran ditahan kerana positif ganja dalam Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam 2024 di Plaza Tol Hutan Kampung di sini pada Sabtu.

Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.

Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands direman
Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China pada Sabtu direman selama empat hari bermula Ahad.

Bas rempuh lori: Pemandu ada 15 saman trafik, bas ada 38 saman terkumpul
Pemandu bas ekspres yang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di kilometer (KM) 290.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini mempunyai 15 rekod saman trafik.

Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.