PUTRAJAYA: Pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dijangka dapat menyelamatkan dua juta nyawa dalam tempoh sehingga 2040, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Menegaskan betapa pentingnya RUU itu untuk kesihatan awam, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, selain mengurangkan kematian pra-matang, ia juga dapat mengurangkan kes kronik yang sering terkait rapat dengan aktiviti merokok.
Atas sebab itu, Khairy merayu kepada semua Ahli Dewan Rakyat untuk sama-sama menyokong RUU tersebut sebaik sahaja ia dibentang dan dibahas untuk diluluskan, pada minggu hadapan.
“Sekarang ini kita sudah membelanjakan lebih daripada RM6 bilion pada tahun 2020, kita membelanjakan RM6.2 bilion untuk merawat tiga penyakit utama perokok - kanser paru-paru, sakit jantung, dan juga masalah paru-paru atau chronic obstructive pulmonary disease (COPD).
"Dan cukai yang kita kutip daripada jualan rokok hanya RM3 bilion sahaja. Kalau kita ambil unjuran kos rawatan penyakit yang saya sebutkan tadi, menjelang tahun 2030, kos akan meningkat kepada RM8.8 bilion,” katanya lagi.
RUU tersebut, yang turut digelar sebagai Generational End Game (GEG), telah dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 27 Julai lepas.
Ia antara lain memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau peranti.
Individu dalam kumpulan berkenaan yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000, jika disabitkan kesalahan.
PERLU ADA AKTA TERSENDIRI
Sementara itu, Khairy menegaskan, RUU tersebut membolehkan produk tembakau dan pengawalseliaan aktiviti merokok dilakukan di bawah akta tersendiri.
“Sekarang ini rokok dikawal selia di bawah Akta Makanan 1983, dan nikotin dikawal selia di bawah Akta Racun 1952. Jadi memang tak ada tobacco law yang stands alone. Kita hanya ada Peraturan-peraturan Kawalan Tembakau 2004, yang ada di bawah Akta Makanan sahaja.
“Oleh yang sedemikian, memang tidak ada apa-apa mekanisme perundangan sekarang ini untuk kita mengawal selia rokok alaf baharu. Rokok tembakau kita boleh kawal selia bawah Akta Makanan, tapi vape tak boleh dikawal selia di bawah Akta Makanan,” katanya lagi.
Mengulas mengenai rokok alaf baharu atau ‘vape’, Khairy berkata, RUU itu juga diperlukan memandangkan vape merupakan produk atau aktiviti yang tidak terlingkung dalam mana-mana akta.
Malah, katanya lagi, berdasarkan libat urus dengan penggiat industri vape, mereka sendiri memohon untuk dikawal selia bagi membolehkan sektor atau industri tersebut yang dianggarkan bernilai jutaan Ringgit, wujud dalam keadaan yang tidak melanggar undang-undang.
“Sebab industri ini terlalu besar. Jadi RUU tujuannya bukan sahaja GEG 2007, tapi untuk kita kawal selia vape juga. Sebab itu RUU ini dapat sokongan bukan hanya dari sektor kesihatan dan juga NGO kesihatan, tapi industri vape, sebab mereka mahu dikawal selia.
“Mereka tak mahu wujud dalam keadaan mereka ini melanggar undang-undang. Sebab mereka ini berada di luar undang-undang dan mereka dah membina perniagaan yang bernilai berjuta Ringgit sekarang, ada sudah eksport vape mereka, tapi mereka sebenarnya tidak sah dan mereka nak disahkan,” katanya lagi.
KHAIRY SEDIA TANGANI KEGUSARAN PENGUATKUASAAN
Dalam pada itu, Khairy berkata, beliau sedia maklum pelbagai aspek akan dibangkitkan sewaktu perbahasan kelak, terutama sekali isu berkaitan penguatkuasaan, pasaran gelap dan sebagainya.
“Sekiranya kita tahu apa kita yang tahu sekarang ini pasal rokok, 50 tahun lepas, kita tak pernah akan membenarkan rokok ini dijual secara terbuka. Kita akan anggap rokok ini sebagai berbahaya.
“Ketagihan kepada kepada nikotin adalah 80 peratus, lagi tinggi daripada bahan-bahan lain. Hanya memerlukan sepuluh saat sahaja daripada kita hisap rokok, sehingga asap dan nikotin masuk ke dalam otak.
“Dua hari saja addicted for live kepada nikotin dan sangat susah kita nak menghilangkan ketagihan. Saya rasa kita pun ada kawan-kawan yang cuba berhenti, tetapi sangat susah untuk mereka berhenti secara automatis mereka akan cuba cari rokok dan cuba cari mancis nyalakan rokok mereka,” katanya lagi.
Justeru Khairy berkata, beliau sekali lagi merayu sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk meluluskan GEG, dan seterusnya menyelamatkan dua juta rakyat Malaysia daripada kematian pra-matang.
Firdaus Azil
Sat Jul 30 2022

Menurut Khairy Jamaluddin, jika GEG tidak dilaksanakan, kos rawatan pesakit akibat aktiviti merokok boleh meningkat kepada RM8.8 bilion menjelang 2030.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Keputusan RUU kawalan tembakau dan rokok ditangguh, pastikan tiada campur tangan industri - Green Lung
Dua juta nyawa boleh diselamatkan sekiranya RUU dan Pelaksanaan GEG dilaksanakan.

RUU larangan merokok: 'Kenapa diskriminasi?' - Nazri Aziz bimbang wujud pencabulan hak asasi
Mohamed Nazri menegaskan, kebebasan memilih merupakan hak asasi manusia yang sangat penting yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kadar denda GEG dikurangkan kepada RM500 - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pengurangan denda standard untuk Generational End Game (GEG) dalam Akta daripada RM5,000 kepada RM500.

GEG: Khairy jamin jawatankuasa khas nilai keberkesanan RUU, lapor terus kepada Parlimen
Khairy berkata, mana-mana Ahli Parlimen yang tidak sokong, diminta untuk tidak ganggu laluan RUU tersebut.

Kesalahan merokok untuk GEG bukan jenayah, purata denda RM50 sahaja - Khairy
Khairy berkata, purata denda untuk merokok di bawah umur ialah RM50, manakala purata denda di mahkamah hanyalah RM200

Khairy rayu sokongan Ahli Parlimen, yakin GEG boleh selamatkan dua juta nyawa
Jika GEG tidak dilaksanakan, kos rawatan pesakit akibat aktiviti merokok boleh meningkat kepada RM8.8 bilion menjelang 2030.