REMBAU: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menjadi menteri seterusnya menerima vaksin COVID-19, dijadualkan pada jam 1.30 tengah hari nanti.
Begitupun, beliau tidak akan menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech sebaliknya menerima vaksin buatan syarikat biofarmaseutikal, Sinovac.
Difahamkan, selain beliau, seramai 10 orang petugas barisan hadapan akan menerima suntikan sama di Hospital Rembau pada Rabu.
Ketua Penyelia Jururawat Hospital Rembau, Salha Abd Samad dijadualkan melakukan suntikan kepada Khairy Jamaluddin.
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Harlina Abdul Rashid dan Pengarah Hospital Rembau, Dr Fatin Mahirah Mahmud dijadualkan hadir dalam majlis tersebut.
Ahli Parlimen Rembau itu pada 15 Mac lepas berkata, Malaysia akan menggunakan vaksin keluaran China itu mulai 18 Mac ini di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.
"Pada 18 Mac, kita akan mula vaksinasi menggunakan vaksin Sinovac di Hospital Rembau dan sayalah orang pertama akan guna vaksin itu," katanya dalam sidang media mingguan pada Isnin lepas.
Perkembangan terbaharu itu sejajar dengan kenyataan Khairy Jamaluddin sebelum ini yang menegaskan beliau akan mengambil vaksin seterusnya yang diluluskan dan tidak akan mengambil vaksin Pfizer.
Beliau berkata demikian bagi menunjukkan kepada umum bahawa mana-mana jenis vaksin pun adalah dipercayai dan mampu menjalankan fungsinya.
Menurutnya, tidak kiralah vaksin seterusnya nanti adalah Sinovac atau Sputnik V, mana yang diluluskan terlebih dahulu, itulah yang beliau akan ambil.
Pada 27 Februari 2021, bekalan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmaseutikal, Sinovac tiba ke tanah air kira-kira jam 9.00 pagi.
Sebanyak 200 liter vaksin dalam bentuk cecair secara pukal diterbangkan dari China ke Malaysia dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 300.
Cecair tersebut kemudian akan diproses, diisi dan dibungkuskan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd menjadi lebih 300,000 dos daripada 14 juta dos yang dijadualkan diterima Malaysia secara berperingkat.
Perjalanan vaksin itu dari kilang Sinovac di Beijing, China telah diuruskan oleh Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global.
Untuk rekod, Malaysia telah meluluskan pendaftaran bersyarat Sinovac dan satu lagi vaksin keluaran Sweden, AstraZeneca, 2 Mac lalu.
Ridauddin Daud
Thu Mar 18 2021
Khairy akan menjadi menteri seterusnya menerima vaksin COVID-19, dijadualkan pada jam 1.30 tengah hari nanti. -Gambar fail
Piala Malaysia: Dua jaringan PDRM saat akhir kecewakan NSFC
PDRM FC memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 menentang Negeri Sembilan FC.
Greenpeace, negara selatan global kritik perjanjian COP29
Greenpeace mengkritik perjanjian yang dicapai pada COP29, dengan menuduh perunding telah tunduk kepada kepentingan negara pengeluar minyak.
Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah.
Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.