Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengajak generasi belia menilai semula karya sastera serta seni bahasa sebelum ia terus hilang dibawa arus pemodenan.
Beliau berkata sastera dan seni adalah kombinasi menarik yang, antara lain, boleh diguna dalam mencerminkan ketamadunan serta peredaran zaman sesebuah negara dan bangsa.
Katanya, sastera bukan sekadar bahasa puitis sebaliknya merupakan satu medium bagi membawa mesej yang pelbagai, termasuk agenda nasionalisme dan politik, dengan pendekatan lebih menarik.
Khairy berkata demikian semasa berucap sebelum menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil 2013 di sini malam ini.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Abdul Aziz Ishak dan Pengerusi Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil di Malaysia See Kok Yew.
Pada majlis itu, sejumlah 28 penulis merangkul pelbagai hadiah menerusi enam kategori yang dipertanding.
Kategori Novel Remaja, yang menawarkan hadiah wang tunai tertinggi bagi tempat pertama iaitu RM7,000 sekali lagi dimenangi penulis muda kelahiran Sabah, Ruhaini Matdarin menerusi karyanya, 'Cerita Perang Bariga'.
Tempat kedua kategori itu diraih Hafizah Iszahanid melalui novel 'Nan Yang' untuk membawa pulang RM4,500 diikuti Nazri Hussein di tempat ketiga dengan 'Pewaris Samudera', yang menerima RM3,000.
Bagi kategori Cerpen, tiga pemenang utama membawa pulang wang tunai RM3,000 iaitu Zainal Rashid Ahmad melalui karyanya 'Orang Laut Selatan', Mohd Nazmi Yaakub (Pada Suatu Nama) dan Abang Median Abang Said (Pendekar Si Pencampung Rasa).
Kategori Cerpen Remaja turut menyaksikan tiga pemenang hadiah utama iaitu Jasni Matlani menerusi 'Alif Ba Ta', Nordin Saad (Biarlah Buku-Buku Itu Berbicara) dan Dk Mastura Pg Ismail (Cahaya Takdir) yang membawa pulang wang tunai RM2,500.
Kategori Puisi turut menyaksikan tiga pemenang utama iaitu Ainunl Muaiyanah Sulaiman (Berbagi Puisi), Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Nota Renyuk kepada al-Assad II) dan Shamsudin Othman (Sekuntum Mawar di Taman al-Mubarak) yang masing-masing membawa pulang RM1,000.
Kategori Rencana Sastera pula menyaksikan dua pemenang iaitu Md Ishak A Rahman menerusi artikel bertajuk 'Komunikasi antara Penulis, Pembaca dan Pengkritik' dan Rudi Affendi Khalik menerusi 'Sarawak Pilihan Ken Zuraida' yang membawa pulang wang tunai RM1,000.
Kategori Kajian Sastera, bagaimanapun, tidak mempunyai pemenang tahun ini.
Bernama
Sat Sep 06 2014

Khairy ajak remaja nilai semula karya sastera
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.