KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain mengambil peluang merasai pengalaman sebagai orang kurang upaya (OKU) penglihatan melalui laluan pejalan kaki dengan mata tertutup di sekitar Jalan Thambipillay di sini pada Rabu.
Mohd Shuhaily bersama pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, diiringi pegawai-pegawai kanan Polis Kuala Lumpur melalui laluan yang digunakan OKU penglihatan bagi merasai kesulitan OKU penglihatan.
Mohd Shuhaily berkata, masyarakat di Kuala Lumpur seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menjaga hak yang dimiliki oleh golongan istimewa itu.
"Saya dapati masih ada pihak yang mementingkan diri sendiri menghalang laluan dengan meletakkan kenderaan di laluan yang dikhaskan untuk golongan OKU penglihatan.
"Cuba bayangkan apabila motosikal dalam keadaan ekzos yang masih panas diletakkan di tempat laluan orang buta, ia akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan, walaupun kenderaan itu diletakkan dalam tempoh yang sekejap," katanya dalam program Santuni OKU Penglihatan bersama Polis Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi dan menghormati undang-undang jalan raya dengan meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan serta tidak menghalang laluan pejalan kaki dan laluan kemudahan khas bagi golongan OKU penglihatan.
"Kepatuhan kepada undang-undang oleh pengguna jalan raya merupakan kejayaan dalam mendidik diri untuk berdisiplin dan mengamalkan pemanduan yang berhemah serta selamat.
"Saya berharap pendidikan dan disiplin dalam konteks pematuhan terhadap kepentingan OKU penglihatan seperti ini dapat diterapkan sejak di bangku sekolah rendah lagi," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, sebanyak 1,061 saman halangan lalu-lintas dikeluarkan di sekitar kawasan Jalan Thambipillay sehingga kawasan Stesen Monorel Brickfields, selain kesalahan halangan pejalan kaki dan larangan meletak kenderaan sejak 3 Julai lalu hingga Ahad. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 12 2023

Mohd Shuhaily melalui laluan yang digunakan OKU penglihatan bagi merasai kesulitan OKU penglihatan. - Gambar/ Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ketua Polis KL selami kesulitan OKU penglihatan
Ketua Polis Kuala Lumpur, mengambil peluang merasai pengalaman sebagai OKU penglihatan melalui laluan pejalan kaki dengan mata tertutup di sekitar Jalan Thambipillay.

26 kenderaan mewah diklon, polis tahan sembilan lelaki - Ketua Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, nilai kenderaan mewah yang dirampas semula mencecah RM3 juta.