Kenyataan itu memaklumkan Chow akan melawat beberapa bandar dalam wilayah Guandong, termasuk Shenzhen, Huizhou dan Guangzhou.
"Semasa lawatan itu, Ketua Menteri juga dijangka bertemu pemain industri utama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), khususnya dalam reka bentuk AI.
"Sepanjang ketiadaan Ketua Menteri, urusan pentadbiran negeri akan terus berjalan lancar," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA