GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjelaskan beliau mengelak daripada bermain politik yang keterlaluan sepanjang 37 tahun menjadi ahli DAP sebaliknya fokus untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat parti dan rakyat.
Chow, yang juga Ketua Menteri, berkata kepercayaan untuk memimpin kerajaan negeri buat penggal kedua adalah kemungkinan berlandaskan kepada 'track record' beliau sejak 1986.
"Tahun ini telah genap 37 tahun saya menjadi ahli parti dan memang diberi banyak peluang berkhidmat kepada rakyat dan parti sama ada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga Ahli Parlimen.
"Saya percaya inilah kekuatan yang ada pada saya, saya jujur, setia kepada perjuangan, suka tawarkan perkhidmatan terbaik, tidak suka bercakap banyak, tidak mahu main politik kuat dan fokus kepada penyampaian prestasi yg baik," katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2023, di sini hari ini.
Konvensyen itu dirasmikan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan turut hadir Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng serta barisan kepimpinan negeri parti itu dan perwakilan DAP.
Chow berkata pihaknya telah berjaya mencapai sebanyak 94 peratus manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan fokus ketika ini adalah untuk melaksanakan manifesto PRU15 agar ia menjadi kesinambungan kepada kecemerlangan kerajaan negeri.
Katanya, pentadbiran kerajaan negeri masih kekal untuk menjayakan misi 'Penang2030' dan berharap pasukan baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan bersama-sama memainkan peranan bagi merealisasikan misi tersebut.
"Semua pihak termasuk ahli parti serta kepimpinan parti juga perlu memikul tanggungjawab demi memastikan kita kekal relevan sebagai parti pemerintah di Pulau Pinang," katanya.
Sementara itu, Lim semasa berucap berkata DAP merupakan sebuah parti 'muda' dan akan kekal menjadi parti muda dari segi idea dan pemikirannya termasuk dalam kalangan ahli veteran parti itu.
Katanya, parti itu perlu terus 'menjana semula' dan memperbaharui pelan penggantian yang lebih baik untuk pemimpin masa depan mereka dan dalam masa sama pemimpin DAP terutama yang memiliki jawatan dalam kerajaan tidak 'membelakangkan' parti itu dalam membuat sebarang keputusan.
"Pilihan raya-pilihan raya sebelum ini (PRU15 dan PRN) telah menunjukkan rakyat lebih menyokong parti berbanding calon itu secara individu, jadi atas alasan ini semua pemimpin dan ahli DAP perlu berdisiplin dan sentiasa mematuhi arahan parti.
"Sebagai wakil rakyat juga, kita harus mendengar segala keluhan rakyat dan memastikan penjawat awam melaksanakan segala dasar yang digariskan untuk manfaat semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023
Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyampaikan ucapan pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2023 hari ini. - Foto Bernama
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.
Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju
Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah - Chow
Kawasan tanah terbabit adalah tapak untuk pembinaan sebuah sekolah, namun pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB
Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan.
Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024
Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.
Pulau Pinang masih kurang hotel - Ketua Menteri
Pulau Pinang masih kekurangan bilik hotel untuk menampung jumlah kemasukan pelancong asing dan domestik yang semakin bertambah.
Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang menerima peruntukan antara RM70,000 hingga RM80,000 setahun bagi menambah baik kemudahan asas.