SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, menolak pengakuan bersalah bekas pereka sambilan yang menjadi individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap jurugambar wanita melalui aplikasi X, Julai lalu.
Majistret, Sasha Diana Sabtu memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan membangkitkan isu kewarasan tertuduh, Mohamad Safiq Rosli, 37.
“Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, saya tidak menerima pengakuan bersalah tertuduh dan mahkamah meneruskan prosiding dengan perbicaraan pada 17 Januari tahun depan,” kata majistret.
Mahkamah dimaklumkan, seramai tiga saksi akan memberi keterangan termasuk Acacia, melalui sidang video.
Dalam prosiding ini, tubuh Mohamad Safiq kelihatan lebih kurus yang mana berat badannya pada hari pertama didakwa, mencecah sebanyak 105 kilogram (kg), turun kepada 85 kg iaitu penurunan sebanyak 20 kg.
Sementara itu, ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas menghujahkan, pasukan pendakwaan berhasrat untuk meneruskan kes dengan perbicaraan penuh.
Menurutnya, laporan psikiatri membuktikan tertuduh tidak waras ketika melakukan kesalahan itu, namun ia tidak mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan.
Katanya, tertuduh perlu memenuhi faktor kewarasan mengikut undang-undang dan kewarasan dalam laporan perubatan untuk digunakan dalam pengakuan bersalah.
"Laporan perubatan oleh Hospital Bahagia hanya melibatkan pemeriksaan kewarasan mengikut konsep perubatan sedangkan laporan sama berdasarkan undang-undang, tidak terjawab.
“Satu-satunya cara untuk membuktikan kewarasan ikut undang-undang adalah dengan perbicaraan penuh,” katanya.
Bagaimanapun, peguam, Fithril Hakim Ab Jalil yang mewakili tertuduh berkata, keadilan tidak ditegakkan sekiranya Mohamad Safiq dikekalkan dalam penjara lebih-lebih pada tahap mentalnya ketika ini.
Beliau berkata, mahkamah perlu menggunakan peruntukan mengikut Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah iaitu membebaskan seseorang atas alasan gangguan mental, sebelum mengarahkannya ditahan di hospital mental sehingga tempoh diperkenankan Sultan Selangor.
“Pihak pendakwaan tahu mengenai keadaan mental tertuduh jika kes ini dibawa untuk perbicaraan.
“Anak guam akan terus berada dalam penjara maka tiada keadilan untuknya jika kekal di situ,” katanya.
Pada 10 Ogos lalu, Mohamad Safiq mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengganggu Acacia Mardiana Daud, 31, secara berulang, dengan menghantar komunikasi menggunakan akaun di aplikasi X, "@sopert99" kepada mangsa di akaun "@ShaFoShizzle", yang telah dibaca di sebuah rumah di daerah ini, pada 15 hingga 21 Julai lalu.
Tertuduh yang kini menganggur, sepatutnya mengetahui bahawa, gangguan tersebut boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 507A (3) kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding itu, mahkamah memerintahkan lelaki berkenaan menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan supaya lelaki itu dihantar ke hospital mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bagaimanapun, dia disabitkan atas kesalahan tersebut selepas menukar pengakuan kepada bersalah ketika prosiding sebutan kes, Jumaat lalu.
Pada prosiding sama, Zilfinaz memohon mahkamah merujuk kepada Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah selepas menerima laporan perubatan psikiatri tertuduh.
Laporan perubatan didapati, terdapat ketidakwarasan terhadap tertuduh, tetapi menurut pegawai perubatan, tertuduh layak dibicarakan dan membuat pengakuan.
Ini bermakna perbicaraan penuh boleh dijalankan meski pun tertuduh mengaku bersalah.
Mahkamah ketika itu menerima pengakuan bersalah Mohamad Safiq dan pihak pendakwaan memohon tarikh baharu bagi fakta kes serta hukuman.
Mohamad Safiq merupakan individu pertama didakwa di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan selepas akta tersebut dikuatkuasakan pada tahun ini.
Turut hadir, peguam, Fithril Hakim Ab Jalil mewakili tertuduh sementara peguam pemerhati, Jason Wee bagi pihak mangsa.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 20 2023

Mohamad Safiq (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Ogos lalu bagi menghadapi pertuduhan kes menghendap seorang jurugambar wanita. - Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ketidakwarasan: Mahkamah tolak pengakuan bekas pereka sambilan hendap jurugambar wanita
Mahkamah menolak pengakuan bersalah bekas pereka sambilan yang menjadi individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap jurugambar wanita.