PUTRAJAYA: Kesemua 63 orang jemaah umrah warganegara Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu telah selamat dibawa pulang, dengan kumpulan terakhir 23 orang jemaah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu (12 November).
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan kumpulan seramai 23 orang itu tiba pada jam 1.20 petang menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH8023) dari Jeddah, Arab Saudi, selepas kumpulan pertama seramai 36 orang tiba pada 4 Nov, diikuti dengan kumpulan kedua seramai empat orang pada 7 Nov.
"Urusan membawa pulang jemaah umrah yang terkandas ini telah dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
"Kerajaan Malaysia juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu usaha ini," tambah kenyataan itu.
Warganegara Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi dan menghormati undang-undang negara tuan rumah bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika berada di luar negara.
Dalam kenyataan sebelum ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan seramai 63 jemaah umrah negara ini yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.
Menurut laporan media kesemua jemaah itu telah dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan ibadah umrah pada Mac lepas.
Namun mereka hanya berada di Madinah dan tidak dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah selepas ketua kumpulan tarekat berkenaan diusir keluar oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas kerana dikatakan melanggar undang-undang tempatan,.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022

Wisma Putra memberitahu, kumpulan seramai 23 orang itu tiba pada jam 1.20 petang menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH8023) dari Jeddah, Arab Saudi. - Gambar fail
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Cuaca kering, akses laluan antara cabaran operasi bomba di ladang kelapa
Angin kuat, cuaca panas dan ketiadaan hujan menyebabkan tanah menjadi kering, sekali gus memudahkan api merebak.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Pesawat Malaysia Airlines bawa jemaah umrah berpatah balik selepas 2 jam berlepas
Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dilaporkan terpaksa berpatah balik hari ini.

Amal sasar tingkat dua kali ganda jumlah jemaah dalam masa lima tahun
Angka yang menjadi sasaran Amal ialah 40,000 jemaah umrah berbanding 20,000 penumpang setiap bulan ketika ini.

'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."

Kisah aplikasi NUSUK dan cerita keajaiban rezeki masuki Raudhah
Peluang memasuki Raudhah adalah dambaan umat Islam dari seluruh dunia dan Editor Astro AWANI, Azlinariah Abdullah tidak terkecuali.

Malaysia, Arab Saudi bincang inisiatif jadikan Malaysia hab transit pilihan jemaah umrah
Mesyuarat itu membincangkan bidang-bidang yang dilihat berpotensi untuk kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi bagi manfaat bersama.

Kraftangan Malaysia promosi pemakaian batik bagi jemaah umrah
MOTAC menyasarkan pemakaian batik dalam kalangan jemaah umrah Malaysia bakal bermula seawal November atau Disember apabila tiba cuti persekolahan.

Elak tertukar bagasi, pelajar UPSI hasilkan penanda beg bantu jemaah umrah
Penghasilan penanda beg yang menggunakan getah elastik, velcro tape, benang sulam, labuci, manik dan butang melibatkan lima pelajar.

Lapan jemaah Pakistan maut dalam kebakaran hotel di Mekah
Menurut laporan media Pakistan pada Sabtu, mangsa berasal dari wilayah Punjab.

Jemaah umrah terkandas di Mekah, tak mampu bayar bil rawatan
Kamis Ahmad dimasukkan ke hospital pada 13 Mac lalu dan terpaksa ditidurkan selama lapan hari.

Kesemua 63 jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi telah dibawa pulang
Kumpulan seramai 23 orang itu tiba pada jam 1.20 petang menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH8023) dari Jeddah, Arab Saudi.