KUALA LUMPUR: Dua suspek warga tempatan yang diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian kes tembak di sebuah hotel di Bukit Bintang pada Selasa lepas, berjaya ditahan semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata kedua-dua suspek lelaki warga tempatan masing-masing berusia 47 tahun dan 51 tahun berjaya diberkas di sekitar Puchong kira-kira 8.15 malam hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.
Polis turut merampas sepucuk pistol revolver 0.38 serta enam butir peluru dan sepucuk pistol semi auto barreta serta lapan peluru.
Hasil siasatan, salah satu pistol berkenaan dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Turut dirampas sebuah motosikal jenis RS150 berwarna merah, dua topi keledar, dua helai baju, dua seluar, dua pasang kasut sukan, topi, beg silang dan telefon bimbit pelbagai jenama.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek dan mangsa berjumpa di dalam bilik hotel berkenaan berhubung urusan berkaitan jual beli dadah.
Semakan juga mendapati mangsa berusia 49 tahun itu mempunyai 14 rekod lampau berkaitan kes culik, bunuh dan majoritinya dadah manakala suspek pertama yang ditahan mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah.
“Daripada soal siasat yang dilakukan ke atas dua tangkapan yang dibuat pada 4hb kita telah berjaya menjumpai dan merampas dua pucuk pistol, jenis .38 dan satu lagi jenis semi auto baretta dan kita percaya yang kita telah berjaya menyelesaikan kes ini,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Dalam kejadian jam 7 malam Selasa, seorang lelaki tempatan ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, ibu negara sejam selepas mangsa mendaftar masuk.
Insiden itu disedari seorang pekerja hotel berkenaan yang memasuki bilik tersebut dan menghubungi polis kira-kira 7 malam.
Hasil pemeriksaan di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan menemukan mayat mangsa berusia 49 tahun itu.
Seorang suspek telah berjaya ditahan di tempat kejadian sejurus selepas penemuan mayat mangsa dan direman selama enam hari bermula semalam hingga Isnin depan.
Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau turut memberi amaran agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang.
BACA: Lelaki ditemukan maut di bilik hotel dengan kesan tembakan di dahi
Astro Awani
Thu May 05 2022

Azmi (dua, kiri) menunjukkan barang rampasan susulan tangkapan kes bunuh seorang lelaki di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis nafi kejadian tular tembakan di Ampang Jaya malam tadi
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan ringkas hari ini.

Bekas penyerang Turkiye Akin cedera ditembak di Istanbul
Rakaman CCTV menunjukkan penyerang melarikan diri dengan motosikal.

Lelaki disyaki tembak pelajar di Georgia ditahan pihak berkuasa
Pegawai negeri Georgia menangkap bapa kepada remaja, Colt Gray, Colin Gray yang disyaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah tinggi di Georgia pada Khamis.

Remaja ditembak semasa pasang sepanduk kemerdekaan
Ketika kejadian, suspek melepaskan tembakan sebanyak tujuh kali yang terkena mangsa pada bahagian belakang.

Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak
Mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan lama di kawasan itu.

Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan suspek terlibat.

Suspek kes tembak di KLIA disambung reman di Kota Bharu
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan disambung reman bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.

Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.

Houthi dakwa tembak dron pengintip tentera AS di Laut Merah
Houthi dakwa, dron milik Amerika Syarikat MQ-9 telah ditembak jatuh berhampiran bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeidah pada Isnin.

Pendakwa raya siasat serangan di stesen TV ditemui mati
Cesar Suarez ditemui mati dengan kesan tembakan di Guayaquil, wilayah Guayas pada Rabu.