Ringkasan AI
- Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail, mengesahkan tiada kejadian tembak membabitkan polis dan penjenayah di kawasan perumahan di Ampang, seperti yang ditularkan di media sosial.
- Terdapat insiden melibatkan kereta peronda polis mengejar sebuah kereta disyaki pesalah jenayah pada kira-kira jam 10 malam, dan kereta tersebut berjaya ditahan tanpa sebarang tembakan.
- Seorang pengguna TikTok memuat naik video mendakwa berlaku kejadian tembak dengan enam das tembakan dilepaskan, namun dakwaan tersebut adalah tidak benar dan video tersebut telah dipadam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan ringkas hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun, sememangnya terdapat insiden melibatkan sebuah kereta peronda polis (MPV) mengejar sebuah kereta disyaki pesalah jenayah di lokasi berkenaan, kira-kira 10 malam tadi.
"Kereta terbabit berjaya ditahan dan disahkan tiada kejadian tembakan sebagaimana dihebahkan di media sosial," katanya menambah maklumat penuh kejadian akan dikongsikan dalam masa terdekat.
Terdahulu, seorang pengguna TikTok telah memuat naik sebuah video yang sempat menerima 1,492 tanda suka dan 47 komen berkaitan kejadian tangkapan itu dan mendakwa berlaku kejadian tembak membabitkan polis dan penjenayah sebelum memadam hantaran terbabit.
Individu dalam rakaman video itu turut mendakwa terdapat enam das tembakan dilepaskan dan dua suspek melarikan diri.
-- BERNAMA