PUTRAJAYA: Perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar atas pertuduhan membuat komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Johor menerusi catatan di blognya, akan didengar di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Ini setelah Mohd Tamrin gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk P. Ravinthran, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azman Abdullah menolak rayuan itu setelah memutuskan alasan yang diberikan Mohd Tamrin bagi pemindahan kes tersebut bahawa kemungkinan berlaku berat sebelah dan campur tangan, adalah tanpa merit.
"Kami bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen bahawa alasan (yang diberikan oleh Mohd Tamrin) untuk memindahkan (kesnya ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur) adalah tanpa sebarang merit.
"Seseorang tidak boleh menganggap bahawa seorang pegawai badan kehakiman akan berat sebelah memihak kepada kerabat diraja.
"Tidak boleh diandaikan bahawa akan ada campur tangan dalam kes ini dan menjejaskan keadilan," kata Ravinthran yang menyampaikan keputusan mahkamah.
Hakim itu berkata mahkamah tidak bersetuju dengan hujah peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Mohd Tamrin bahawa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur boleh mendengar sebarang kes jenayah dari mana-mana bahagian Semenanjung Malaysia berdasarkan kes Pendakwa Raya melawan Abul Hassan Mohamed Rashid.
Dalam kes itu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur boleh membicarakan kes-kes dari mana-mana bahagian di Semenanjung kerana Yang di-Pertuan Agong tidak mengehadkan bidang kuasa mahkamah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Dusuki Mokhtar yang dibantu TPR Khairul Aisamuddin Abdul Rahman berhujah kes itu tidak sepatutnya digunakan untuk kes Mohd Tamrin kerana keadaan kesnya berbeza.
Kes Mohd Tamrin ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 21 Mac.
Mohd Tamrin, 73, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 10 Mac 2021 atas pertuduhan membuat kenyataan yang menyinggung perasaan kerabat diraja Johor menerusi blognya "tamrintunghafar" yang dipautkan di laman Facebooknya, di Pejabat Media RPO Services, Jalan Persiaran Southkey 1, Kota Southkey di sini, kira-kira 7 malam, 2 Feb 2020.
Catatan itu membabitkan artikel mengaitkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Mohd Tamrin dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.
Beliau memohon agar kesnya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas alasan antara lain akan berlaku prejudis jika kesnya dibicarakan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana ia melibatkan kerabat diraja Johor.
Pada 5 Sept 2021, Mahkamah Sesyen Johor Bahru menolak permohonannya untuk memindahkan kesnya ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Johor Bahru turut menolak rayuannya pada 7 April tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Kes Mohd Tamrin ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 21 Mac. -Foto BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Disember 2024.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.
Mahkamah Rayuan benarkan Najib hadir pendengaran adendum esok
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri prosiding pendengaran rayuannya yang dijadualkan petang esok berhubung kewujudan titah adendum.
Mahkamah Rayuan ketepi kebenaran diperoleh Maria Chin untuk cabar notis tunjuk sebab
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bekas Ahli Parlimen Petaling Maria Chin Abdullah memulakan semakan kehakiman bagi mencabar notis tunjuk sebab dikeluark
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan MyCC dalam kes berkaitan anti persaingan
Hakim menetapkan sesi pengurusan kes esok, bagi menetapkan tarikh menyampaikan keputusan.
Mahkamah kekal keputusan bersalah ke atas bekas Presiden Argentina
Kircher, yang berdepan tuduhan rasuah, didapati bersalah menipu kerajaan dan dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.