PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mempertikai RM42 juta didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sepanjang perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan penghakiman setebal 15 muka surat itu berkata, teras pembelaan Najib adalah untuk mencabar elemen mens rea atau niat melakukan jenayah iaitu beliau menafikan pengetahuan bahawa dana itu adalah daripada SRC.
Hakim nombor satu negara itu berkata pihak pendakwaan berpendirian bahawa pihak pembelaan tidak wajar dipercayai kerana di satu pihak, mereka mendakwa RM42 juta yang dikatakan telah diperoleh secara salah oleh perayu (Najib) sehingga menyebabkan kerugian kepada SRC tidak beliau ketahui.
Beliau berkata sebaliknya, perayu juga menegaskan bahawa beliau telah dianiaya dalam konspirasi yang oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, Allahyarham Datuk Azlin Alias (ketika itu setiausaha sulit utama Najib), Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai eksekutif SRC), dan pegawai bank.
"Perayu juga mempertahankan bahawa wang yang dikreditkan ke dalam akaun peribadi di bank AmIslamic yang menjadi subjek enam pertuduhan terakhir, adalah derma dari Arab Saudi.
"Responden berhujah mereka sentiasa mengekalkan dalam perbicaraan bahawa pembelaan sama sekali tidak konsisten dan bercanggah. Responden juga merujuk kepada bukti dokumen yang membuktikan perayu telah membelanjakan RM42 juta," katanya.
Ketua Hakim Negara seterusnya berkata Hakim Mahkamah Tinggi (Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali) tidak terkhilaf dalam menilai semua keterangan yang dikemukakan berhubung pembelaan dan tidak mempercayai naratif pembelaan.
Tengku Maimun berkata mahkamah membuat kesimpulan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi mengenai pembelaan adalah betul.
"Dalam membuat kesimpulan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, kami mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah menjalankan analisis menyeluruh terhadap keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.
"Oleh itu, kami tidak dapat membuat kesimpulan bahawa mana-mana dapatan Mahkamah Tinggi, seperti yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan adalah jelas salah sehingga memerlukan campur tangan rayuan. Kami bersetuju bahawa pembelaan sememangnya tidak konsisten dan luar biasa sehingga tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan," kata Ketua Hakim Negara.
Dalam mengetepikan rayuan terakhir Najib yang juga merupakan bekas perdana menteri, Ketua Hakim Negara berkata panel mendapati 'rungutan' perayu sebagaimana yang terkandung dalam petisyen rayuan tidak mempunyai merit.
"Kami mendapati sabitan semua tujuh pertuduhan terhadap perayu adalah selamat. Kami juga mendapati hukuman yang dijatuhkan adalah tidak keterlaluan. Sabitan serta hukuman dikekalkan," katanya.
Terdahulu Tengku Maimun berkata dalam rayuan yang menyaksikan peguam hadir namun bertegas enggan membuat sebarang hujahan walaupun diminta berkali-kali oleh mahkamah untuk berbuat demikian, mahkamah mempunyai kuasa untuk meneruskan prosiding rayuan mengikut Seksyen 92 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Katanya sehubungan itu mahkamah meneruskan prosiding, menimbang rayuan dengan mengambil kira rekod rayuan, termasuk petisyen rayuan yang menyenaraikan 96 alasan difailkan di Mahkamah Rayuan, serta penghakiman bertulis oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
"Kami tidak berpandangan perlunya menampilkan semula pertuduhan atau mengulangi sebarang fakta yang telah dinyatakan dengan secukupnya, dan menganalisis penghakiman Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
"Hakim perbicaraan yang arif membuat analisis yang terperinci terhadap semua bukti, yakni segala bukti dokumen dan lisan yang dibentangkan di hadapannya dalam tempoh kira-kira 86 hari perbicaraan. Mahkamah Rayuan begitu teliti memeriksa semua penemuan ini dan mendapati tiada kesilapan yang boleh dirayu," katanya.
Hakim Tengku Maimun berkata peranan mahkamah tertinggi itu sebagaimana yang ditetapkan undang-undang, bukanlah untuk membuat penemuan baharu berhubung fakta terhadap bukti yang direkodkan, atau menggantikan ia dengan penemuannya sendiri.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi tuduhan menyalahguna kedudukan.
Najib perlu menjalani 12 tahun penjara apabila hakim mengarahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak.
Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022

Tengku Maimun berkata mahkamah membuat kesimpulan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi mengenai pembelaan Najib itu adalah betul. - Gambar/ Shahir Omar
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kes SRC: Permohonan Najib semak keputusan Mahkamah Persekutuan tidak bermerit - Pendakwaan
Pihak pendakwaan mendakwa Najib diberikan perbicaraan adil dan tiada pratimbangan dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Kes SRC Najib: Pasukan pembelaan sedih keputusan Mahkamah Persekutuan
Peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik meluahkan perasaan sedihnya selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap anak guamnya hari ini.

Kes SRC Najib: Penambahan polis di Istana Kehakiman esok bergantung keperluan
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata penilaian dari semasa ke semasa akan dibuat berpandukan kepada maklumat yang diperolehi.

Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak
Najib berkata, terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

SRC: Najib mohon Mahkamah Persekutuan dengar rayuan berkaitan bukti baharu terlebih dahulu
Najib memohon Mahkamah Persekutuan mendengar terlebih dahulu rayuan beliau berkaitan bukti baharu yang ingin dikemukakannya dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Jho Low desak tidak guna e-mel rasmi AmBank - Bekas pegawai bank
Jho Low mendesak supaya tidak menggunakan e-mel rasmi AmBank untuk menghantar draf surat arahan kepada pemegang mandat akaun Najib Razak.

Jho Low panggil Najib "big boss" - Bekas pegawai bank
Bekas pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Jho Low memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "big boss".

Lebih RM150 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2014 dan 2015 - Saksi
Seorang bekas pengurus bank memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa sejumlah besar wang melebihi RM150 juta telah didepositkan ke dalam tiga akaun AmBank milik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim tolak pemohonan Najib batal tujuh pertuduhan SRC International
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak pemohonan notis usul yang dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan semua tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International.