PUTRAJAYA: Peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik meluahkan perasaan sedihnya selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap anak guamnya hari ini.
Hisyam ketika ditemui pemberita berkata pasukan pembelaan sedih selepas mereka gagal dalam rayuan terakhir yang menyaksikan bekas perdana menteri itu dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun.
Apabila ditanya sama ada Najib akan membuat semakan berhubung keputusan itu, peguam tersebut berkata beliau akan berbincang dengan pasukannya dan tidak menolak kemungkinan itu.
"...Allah sahaja yang boleh memberikan keadilan yang sempurna," kata Hisyam, merujuk keputusan duluan tersebut.
[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.
Najib, 69, gagal membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu pada 8 Dis 2021.
Sementara itu, kenderaan yang membawa Najib keluar dari perkarangan Istana Kehakiman kira-kira 5.44 petang yang diiringi pasukan polis turut disertai kenderaan membawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
Hisyam berkata pasukan pembelaan sedih selepas gagal dalam rayuan terakhir yang menyaksikan bekas perdana menteri itu dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun. - Gambar/ Bernama
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ibu bapa tebusan Israel berterima kasih kepada Trump
Ibu bapa tebusan yang dibebaskan, Agam Berger, pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Kes SRC: Permohonan Najib semak keputusan Mahkamah Persekutuan tidak bermerit - Pendakwaan
Pihak pendakwaan mendakwa Najib diberikan perbicaraan adil dan tiada pratimbangan dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.
Kes SRC Najib: Pasukan pembelaan sedih keputusan Mahkamah Persekutuan
Peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik meluahkan perasaan sedihnya selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap anak guamnya hari ini.
Kes SRC Najib: Penambahan polis di Istana Kehakiman esok bergantung keperluan
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata penilaian dari semasa ke semasa akan dibuat berpandukan kepada maklumat yang diperolehi.
Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak
Najib berkata, terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.
SRC: Najib mohon Mahkamah Persekutuan dengar rayuan berkaitan bukti baharu terlebih dahulu
Najib memohon Mahkamah Persekutuan mendengar terlebih dahulu rayuan beliau berkaitan bukti baharu yang ingin dikemukakannya dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Jho Low desak tidak guna e-mel rasmi AmBank - Bekas pegawai bank
Jho Low mendesak supaya tidak menggunakan e-mel rasmi AmBank untuk menghantar draf surat arahan kepada pemegang mandat akaun Najib Razak.
Jho Low panggil Najib "big boss" - Bekas pegawai bank
Bekas pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Jho Low memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "big boss".
Lebih RM150 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2014 dan 2015 - Saksi
Seorang bekas pengurus bank memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa sejumlah besar wang melebihi RM150 juta telah didepositkan ke dalam tiga akaun AmBank milik Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakim tolak pemohonan Najib batal tujuh pertuduhan SRC International
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak pemohonan notis usul yang dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan semua tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International.