PUTRAJAYA: Riak wajah Datuk Seri Najib Razak cukup menggambarkan betapa beliau kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, yang menolak permohonan untuk memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan Syarikat SRC International Sdn Bhd.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, permohonannya untuk memasukkan bukti itu mempunyai konflik kepentingan yang tinggi kerana ia akan mendedahkan hubungan antara Mohd Nazlan dengan SRC.
"Saya terkejut, sangat kecewa, bukti itu jelas menunjukkan ia mempunyai nilai yang boleh diterima oleh mahkamah tapi ia tidak berlaku.
"Sedangkan Mohd Nazlan mempunyai pengetahuan peribadi yang luas tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan SRC," katanya ketika sidang media di lobi Istana Kehakiman.
Ikuti perkembangan kes Najib Razak di sini
BACA: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama
BACA: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib Razak untuk masukkan bukti baharu
Untuk rekod, Mohd Nazlan merupakan hakim yang menjatuhi hukuman terhadap Najib atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC, pada 28 Julai 2020 lalu.
Namun Najib menyatakan akan terus melawan pertuduhan yang disabitkan meski pun banyak permohonannya ditolak oleh lima panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Sementara itu, peguam, Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam utama Najib menyatakan perasaan sama dengan rakan kongsi firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST), Datuk Mohd Zaid Ibrahim.
Hisyam berkata, pasukan pembelaan yang mewakili Najib, hilang kata-kata kerana terkejut dengan keputusan tersebut.
Walaupun pasukannya sudah mengemukakan asas-asas yang kukuh, malangnya beliau berkata, permohonan penangguhan tidak diberi perhatian.
Sementara itu, Mohd Zaid pula menaruh simpati terhadap Ahli Parlimen Pekan dan keluarganya itu.
"Kadang-kadang anda boleh mendapatkannya di sini, (atau) anda boleh mendapatkannya di tempat lain," katanya.
Semasa prosiding, mahkamah menolak dua permohonan Najib selaku pemohon iaitu memasukkan bukti tambahan antaranya berkaitan Mohd Nazlan dan menangguhkan rayuan akhir kes itu.
Tengku Maimun berkata, keputusan sebulat suara memutuskan bahawa bukti tambahan yang dimohon adalah tidak relevan dengan prosiding rayuan ini.
Berhubung penangguhan prosiding, hakim itu berkata, pemohon tidak boleh buat pusingan U dan menyatakan peguam baharu yang dilantik tidak bersedia untuk meneruskan pendengaran rayuan.
"Semua pihak tahu bahawa tarikh prosiding telah ditetapkan lebih awal tetapi pemohon tetap memilih untuk memberhentikan khidmat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan firma guaman Tetuan Shafee & Co.
"Pemohon kemudiannya melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners dan barisan peguam lain antaranya Hisyam Teh Poh Teik," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 16 2022
![Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660659684_TBNAJIBMAHKAMAH.jpg)
Najib berkata akan terus melawan pertuduhan yang disabitkan meskipun banyak permohonannya ditolak. - Gambar/ Bernama
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Kes SRC: Permohonan Najib semak keputusan Mahkamah Persekutuan tidak bermerit - Pendakwaan Kes SRC: Permohonan Najib semak keputusan Mahkamah Persekutuan tidak bermerit - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664205199_Najib.jpg)
Kes SRC: Permohonan Najib semak keputusan Mahkamah Persekutuan tidak bermerit - Pendakwaan
Pihak pendakwaan mendakwa Najib diberikan perbicaraan adil dan tiada pratimbangan dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.
![Kes SRC Najib: Pasukan pembelaan sedih keputusan Mahkamah Persekutuan Kes SRC Najib: Pasukan pembelaan sedih keputusan Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661263340_TBHisyamTehPohTeik.jpg)
Kes SRC Najib: Pasukan pembelaan sedih keputusan Mahkamah Persekutuan
Peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik meluahkan perasaan sedihnya selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap anak guamnya hari ini.
![Kes SRC Najib: Penambahan polis di Istana Kehakiman esok bergantung keperluan Kes SRC Najib: Penambahan polis di Istana Kehakiman esok bergantung keperluan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661175143_IstanaKehakiman.jpg)
Kes SRC Najib: Penambahan polis di Istana Kehakiman esok bergantung keperluan
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata penilaian dari semasa ke semasa akan dibuat berpandukan kepada maklumat yang diperolehi.
![Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660659684_TBNAJIBMAHKAMAH.jpg)
Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak
Najib berkata, terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.
![SRC: Najib mohon Mahkamah Persekutuan dengar rayuan berkaitan bukti baharu terlebih dahulu SRC: Najib mohon Mahkamah Persekutuan dengar rayuan berkaitan bukti baharu terlebih dahulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639460014_NajibAbdRazak.jpg)
SRC: Najib mohon Mahkamah Persekutuan dengar rayuan berkaitan bukti baharu terlebih dahulu
Najib memohon Mahkamah Persekutuan mendengar terlebih dahulu rayuan beliau berkaitan bukti baharu yang ingin dikemukakannya dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
![Jho Low desak tidak guna e-mel rasmi AmBank - Bekas pegawai bank Jho Low desak tidak guna e-mel rasmi AmBank - Bekas pegawai bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81538033719_JhoLow.jpg)
Jho Low desak tidak guna e-mel rasmi AmBank - Bekas pegawai bank
Jho Low mendesak supaya tidak menggunakan e-mel rasmi AmBank untuk menghantar draf surat arahan kepada pemegang mandat akaun Najib Razak.
![Jho Low panggil Najib big boss - Bekas pegawai bank Jho Low panggil Najib big boss - Bekas pegawai bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61555398412_Najib.jpg)
Jho Low panggil Najib "big boss" - Bekas pegawai bank
Bekas pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Jho Low memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "big boss".
![Lebih RM150 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2014 dan 2015 - Saksi Lebih RM150 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2014 dan 2015 - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563809892_TBNAJIBRAZAKCOURT.jpg)
Lebih RM150 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2014 dan 2015 - Saksi
Seorang bekas pengurus bank memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa sejumlah besar wang melebihi RM150 juta telah didepositkan ke dalam tiga akaun AmBank milik Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Hakim tolak pemohonan Najib batal tujuh pertuduhan SRC International Hakim tolak pemohonan Najib batal tujuh pertuduhan SRC International](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61555584995_NAJIB.jpg)
Hakim tolak pemohonan Najib batal tujuh pertuduhan SRC International
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak pemohonan notis usul yang dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan semua tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International.