Polis menemui cebisan tulang manusia dan sisa kayu api, yang digunakan untuk membakar mayat-mayat mangsa, berdasarkan maklumat daripada dua tertuduh, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin berkata petunjuk utama yang mengukuhkan kes pendakwaan ialah apabila T.Thilaiyalagan dan R.Kathavarayan membawa polis kepada penemuan beberapa barang bukti yang dilupuskan mereka.
Thilaiyalagan dan Kathavarayan menunjukkan tempat di mana cebisan tulang manusia dan abu dibuang ke dalam Sungai Panchau, katanya sambil menjelaskan bahawa Kathavarayan adalah yang pertama menunjukkan tempat tulang dan abu mayat itu.
Menurutnya Kathavarayan dan Thilaiyalagan serta lelaki ketiga U. Suresh juga membawa polis ke tempat lain untuk mengambil barang-barang yang menjadi bahan bukti.
Suresh kini menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan barang bukti berkaitan pembunuhan.
Saiful Edris berkata tiga telefon bimbit milik pembantu Datuk Sosilawati Lawiya dijumpai di kunci air Pasar Besar Banting selepas Kathavarayan dan Thilaiyalagan membawa polis ke sana.
Beliau berkata sebuah jam tangan Seiko Honda Racing Team milik pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, turut dijumpai selepas kedua-dua tertuduh dan Suresh membawa polis ke Jambatan Sungai Endah.
Kathavarayan dan Suresh juga membawa polis ke Jambatan Sungai Endah dan menemui sebuah jam tangan 'Bell & Ross' kepunyaan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, katanya.
Menurutnya Thilaiyalagan membawa polis ke tempat pembuangan sampah Sungai Arak, di mana 14 sisa kayu api yang digunakan untuk membakar mayat mangsa ditemui.
"Setibanya di situ, perayu kedua (Thilaiyalagan) berkata: 'Kayu ini gunakan bakar mereka'," kata beliau.
Saiful Edris berkata Thilaiyalagan dan Suresh turut membawa polis ke Sungai Kelanang yang membawa kepada penemuan enam kepingan zink yang digunakan sebagai tapak untuk membakar mayat-mayat mangsa.
Saiful Edris berhujah demikian pada prosiding mendengar rayuan yang dikemukakan oleh bekas peguam N. Pathmanabhan, 45, dan pekerja ladang iaitu Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24 dan Kathavarayan, 35, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mensabitkan dan menjatuhi hukuman mati terhadap mereka kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin, 44.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.
Saiful Edris berkata Suresh juga membawa sepasukan polis ke Subang Jaya, tempat kereta BMW X5 berwarna hitam yang digunakan oleh Sosilawati pada hari beliau ke Banting, ditemui di dalam longkang.
Beliau berkata maklumat yang diberi oleh kedua-dua tertuduh dan Suresh hingga menghasilkan penemuan barang-barang itu di sekitar Banting dan Subang Jaya, boleh diterima.
Saiful Edris berhujah bahawa Pathmanabhan mempunyai motif untuk membunuh Sosilawati kerana dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk cek bernilai RM3 juta dan RM1 juta yang perlu dibayar kepada Sosilawati hasil penjualan tanah di Pulau Pinang.
Perbicaraan di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Aziah Ali bersambung pada Isnin.
Bernama
Mon Aug 17 2015

Pathmanabhan dikatakan mempunyai motif untuk membunuh Sosilawati kerana dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk cek bernilai RM3 juta dan RM1 juta yang perlu dibayar kepada Sosilawati (gambar) . - Gambar Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mahkamah: 'Sosilawati telah meninggal dunia dan perayu adalah lakunya'
Rekod telekomunikasi, bukti forensik dan DNA membuktikan kehadiran jutawan kosmetik itu dan pembantunya di ladang kepunyaan N. Pathmanabhan.

Kes Sosilawati: Mahkamah diberitahu tentang penemuan cebisan tulang, sisa kayu api
Polis menemui cebisan tulang manusia dan sisa kayu api, yang digunakan untuk membakar mayat-mayat mangsa, berdasarkan maklumat daripada dua tertuduh.
Keterangan empat tertuduh kes bunuh Sosilawati perlu ditolak
Keterangan empat tertuduh dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain adalah tidak selamat dan tidak boleh dipercayai, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.