Kes saman bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap sebuah syarikat penerbitan akhbar Daily Express dan editornya, James Sarda berhubung penerbitan tiga artikel berkaitan hidangan telur penyu dalam satu majlis di Sabah, akan diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini.
Perkara itu dimaklumkan peguam Samsinaralia Sahar, yang mewakili Ismail Sabri kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon Siew Chye hari ini yang turut dihadiri peguam Bhag Singh mewakili Sabah Publishing Sdn Bhd dan James sebagai defendan.
Samsinaralia berkata kedua-dua pihak cuba untuk menyelesaikan kes saman itu secara baik dan akan memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkara tersebut pada pengurusan kes selanjutnya pada 24 Ogos ini.
Pada 2 April lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Sabah Publishing dan James terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Okt 2017 yang tidak membenarkan permohonan mereka untuk membatalkan saman fitnah difailkan Ismail Sabri.
Ismail Sabri yang memfailkan saman itu pada 30 Mac 2017, mendakwa defendan telah dengan salah dan berniat jahat menerbitkan tiga artikel di akhbar Daily Express bertajuk 'Minister and Sabah YB have yet to comply: Dept' bertarikh 24 Jan 2016, 'Beluran turtle eggs dinner: Findings left to the AG' pada 3 Sept 2016, dan 'Explain 'turtle egg' confusion first, Lim tells Minister' pada 6 Sept 2016.
Dalam pernyataan tuntutan, Ismail Sabri juga mendakwa artikel berkenaan diterbitkan dengan sengaja untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya selain mempersendakan kedudukannya sebagai anggota politik.
Ismail Sabri, yang juga anggota Parlimen Bera, Pahang mendakwa artikel itu seolah-olah menunjukkan beliau tidak bertanggungjawab, tidak menghormati Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1967 dan tidak mempedulikan proses siasatan.
Oleh itu, plaintif menuntut defendan memohon maaf selain juga menuntut ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teruk dan teladan.
Dalam pernyataan pembelaan, Sabah Publishing dan James, menafikan telah mencetak dan menerbitkan artikel-artikel itu secara salah dan berniat jahat.
Defendan mendakwa bahawa artikel-artikel tersebut yang disiarkan telah diterbitkan dalam keadaan perlindungan bersyarat tanpa niat jahat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 31 2018

Ismail Sabri mendakwa artikel itu seolah-olah menunjukkan beliau tidak bertanggungjawab, tidak menghormati Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1967 dan tidak mempedulikan proses siasatan. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Wartawan buat laporan polis terhadap penulis didakwa fitnah, cemar reputasi Premier Sarawak
Seorang wartawan veteran di sini telah membuat laporan polis terhadap seorang penulis dua artikel dalam talian baru-baru ini yang dikatakan memfitnah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah
Lalitha mendakwa kandungan artikel dan ciapannya berhubung Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki diperoleh daripada sumber yang sah.

Wisma Putra jelaskan isu artikel mengenai Tubir Selatan
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan Indonesia tidak membuat sebarang kenyataan menuntut kedaulatan Tubir Selatan (South Ledge) seperti didakwa sebuah artikel terbitan Defence Security Asia.

Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu
Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan bertanya khabar kepada Abdullah serta isterinya Tun Jeanne Abdullah, di kediaman mereka.

Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.

Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM
Markas TLDM berkata pihaknya telah mengambil maklum perkara berkenaan dan akan menyiasat punca serta sumber ketirisan maklumat itu.

Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah
Pada 10.01 pagi, saham AirAsia Group turun 13 sen atau 9.09 peratus kepada RM1.30 dengan 20.95 juta bertukar tangan manakala AirAsia X jatuh satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen.

Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Lim Kit Siang dan dua lagi berhubung artikel
Najib mendakwa artikel dibuat bagi mengenakan tekanan ke atas Mahkamah Tinggi berhubung keputusan mahkamah berkenaan dalam kes SRC International.

Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman
Ramasamy berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada pihak polis.

Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata beliau merasakan difitnah atau diburukkan oleh kata-kata yang terkandung dalam artikel itu.