KUALA LUMPUR:Selepas kira-kira tiga bulan tersebarnya berita palsu mengenai kematian Tun Abdullah Ahmad Badawi, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam mengunjungi bekas perdana menteri itu, bagi memaklumkan status siasatan kes berkenaan.
Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan bertanya khabar kepada Abdullah serta isterinya Tun Jeanne Abdullah, di kediaman mereka di sini.
Ketika ditemui Bernama selepas itu, Abdul Hamid berkata beliau mengambil tanggungjawab untuk hadir sendiri menemui Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, bagi memaklumkan mengenai siasatan kes itu.
Jelasnya, dua individu termasuk penulis artikel telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penularan berita berkenaan.
"Pihak saya telah melakukan siasatan dan daripada siasatan tersebut, kita dapati apa yang ditulis tidak mempunyai niat tidak baik... salah komunikasi, tersilap. Kita telah mengambil tindakan memanggil penulis artikel tersebut dan semuanya dah tidak ada apa-apa, tiada kes," katanya.
Katanya, siasatan juga mendapati seorang lagi individu menyebarkan perkara tersebut kerana menyangka ia merupakan berita yang betul, tanpa sebarang niat untuk mengaib dan memalukan sesiapa.
Justeru, Abdul Hamid meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan berita tidak sahih, sebaliknya membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak bertanggungjawab.
Pada 10 Ogos lalu, Pegawai Khas Abdullah Datuk Jefridin Atan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, berhubung penyebaran berita palsu sebanyak dua kali dalam masa seminggu yang menurutnya tidak boleh dipandang ringan, kerana ia melibatkan hal berkaitan perdana menteri kelima.
Dalam pada itu, Jeanne berkata kesihatan suami beliau yang bakal menyambut ulang tahun ke-81 pada 26 Nov ini adalah baik.
"Tun (Abdullah) selalu bersiar-siar di halaman rumah, beliau 'okay'," katanya ringkas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 16 2020

Abdullah berbual mesra ketika menerima kunjungan hormat dari Abdul Hamid di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, 16 Nov, 2020. --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).

Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.

KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.

'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.

'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.

"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.

Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
![[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil [KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623601658_AnnuarMusa.jpg)
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).