KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini cuba mempertahankan bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mengenai hubungan pemimpin itu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi episod terbaharu podcast Keluar Sekejap, Khairy berkata, perbezaan yang berlaku antara dua bekas pemimpin nombor satu negara itu hanyalah melibatkan polisi dan dasar kerajaan.
Jelas beliau, antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan adalah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.
"Itu adalah tiga perkara utama, tetapi dalam mempertahankan Pak Lah, seperti yang Tun pun tahu dia kini menghidap demensia dan tidak ingat apa-apa.
"Saya rasa perbezaan itu perbezaan polisi. Betul, mungkin Tun ada tulis dari segi tidak tegas untuk kedaulatan dengan isu jambatan (tetapi) ini nasihat daripada Peguam Negara.
"Berhubung MV Agusta, ia berkaitan pengurusan yang tak buat apa-apa. Tetapi saya nak beritahu Tun bahawa (semua isu berkenaan) tiada elemen jenayah termasuk kepada diri saya.
"Saya hilang kuasa pada 2018, ketika anda jadi Perdana Menteri... Anda tahu saya disiasat tetapi tidak ada apa-apa sampai hari ini," katanya dalam program tersebut yang disiarkan pada Isnin.
Sementara itu, menjawab mengenai hubungannya dengan Pak Lah, Dr Mahathir mengakui kecewa selepas Tun Abdullah memungkiri janji melibatkan tiga isu tersebut, termasuk tidak meneruskan projek jambatan bengkok.
"Selepas dua minggu saya letak jawatan, dan dia jadi Perdana Menteri, dia batalkan landasan berkembar, jambatan bengkok.... saya percaya kerana dia telah berjanji.
Mengimbau lagi, bekas Presiden UMNO itu juga menambah beliau berpandangan Tun Abdullah adalah salah seorang yang menentangnya kerana memberikan sokongan kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang mencabar beliau ketika itu.
Situasi itu menyebabkan Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu Tun Abdullah dilantik sebagai menteri sekali lagi.
"Tetapi apabila dia bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi, tiba-tiba dia menang. Kemudian dia bertanding untuk Naib Presiden, dia menang juga. Saya terpaksa mengaku bahawa orang ini disukai ahli-ahli UMNO, saya tidak ada hak nak keluarkan dia.
“Sebab itu apabila kosong jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dia sudah jadi Naib Presiden UMNO, saya jadikan dia Timbalan Perdana Menteri walaupun beliau bukan orang yang menyokong saya dengan kesedaran bahawa apabila saya letak jawatan, dia akan menjadi Perdana Menteri,” jelasnya.
Khairy kemudian menambah bahawa, apa yang dilakukan oleh Pak Lah ketika ini adalah atas pandangan sebagai seorang Perdana Menteri.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 13 2023

Menerusi episod terbaharu podcast Keluar Sekejap, Khairy berkata perbezaan yang berlaku antara dua bekas pemimpin nombor satu negara itu hanyalah melibatkan polisi dan dasar kerajaan - Foto/FB Keluar Sekejap
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).

Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.

KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.

'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.

'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.

"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.

Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
![[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil [KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623601658_AnnuarMusa.jpg)
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).