TELAH tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Perkongsiannya itu telah menyebabkan Ahli Parlimen Ketereh itu teruk dikritik oleh warganet.
Ini kerana prosedur operasi standard (SOP) lockdown yang dikuatkuasakan ketika ini tidak membenarkan aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjung dilakukan.
Tambahan pula, Kuala Lumpur masih di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara yang juga tidak membenarkan aktiviti berkumpul dan melawat, kecuali untuk tujuan kecemasan.
Susulan daripada penularan tweet tersebut, Annuar telah dikompaun sebanyak RM2,000 kerana gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, seperti yang dilaporkan media.
Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, difahamkan kehadiran Annuar ke Bait Badawi (kediaman Tun Abdullah) adalah dalam rangka tugas dan atas rasa hormat beliau kepada Tun Abdullah dan isterinya Tun Jeanne untuk membincangkan mengenai hal berkaitan kebajikan dan penglibatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam menghijaukan Kuala Lumpur.
Penulis juga diberitahu, selepas menyedari tindakannya itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati warganet, Annuar dengan hati yang terbuka memohon maaf di atas kesilapannya itu.
BACA: Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Sebenarnya, melihatkan kepada rekod kerja Annuar sejak menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, adalah sangat merugikan apabila dek kerana satu kesilapan kecil yang dilakukan beliau, telah menyebabkan begitu banyak usaha-usaha dan inisiatif-inisiatif yang sangat bermanfaat kepada warga di Wilayah Persekutuan yang diperkenalkannya seolah-olah dilupakan begitu sahaja.
Hanya kerana kesilapan-kesilapan kecil, beliau dengan teruk dikecam.
Berbeza dengan kesilapan-kesilapan kecil ini yang dalam sekelip mata sahaja boleh menjadi tular, kebaikan-kebaikan besar yang dilakukannya begitu jarang ditularkan.
Mungkin ramai yang tidak sedar ketika baru sebulan dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun lalu, Annuar telah mengumumkan pakej bantuan yang dinamakan Inisiatif Wilayah Cakna.
Inisiatif ini diperkenalkan oleh beliau berikutan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat, golongan barisan hadapan dan keluarga mereka yang terkesan akibat COVID-19.
Bahkan pakej bantuan ini diumumkan lebih awal daripada Pakej Bantuan Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Menerusi inisiatif ini, pelbagai program telah dilaksanakan dan terbukti berjaya membantu orang-orang di Wilayah Persekutuan daripada terpaksa bergelut mengharungi zaman pandemik ketika ini.
Sehingga kini, inisiatif Wilayah Cakna ini telah memasuki versi yang keenam.
Jika ingin disenaraikan faedah-faedah yang telah diperolehi oleh warga Wilayah Persekutuan menerusi inisiatif Wilayah Cakna ini, memang sangat panjang.
Antaranya adalah pengecualian bayaran sewa PPR MTEN dan Perumahan Awam DBKL, bantuan kit makanan asas, bantuan Food Pack, penangguhan bayaran ansuran unit beli PPR MTEN dan PA DBKL, sumbangan makanan petugas barisan hadapan, sumbangan makanan gelandangan dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, tiada satu kelompok dalam komuniti di Wilayah Persekutuan sekalipun yang terkecuali daripada menerima bantuan. Begitulah efisien Annuar Musa di Wilayah Persekutuan.
Bahkan tatkala ramai yang berterusan meminggirkan golongan gelandangan lebih-lebih lagi apabila negara dilanda COVID-19, Annuar telah tampil dengan usaha-usaha berterusan bagi memastikan kelompok ini tidak terus diabaikan.
Berbagai usaha telah digerakkannya bagi membantu golongan ini yang digelarnya sebagai ‘Hijrah Warrior’ untuk berubah ke arah kebaikan.
Antara inisiatif membantu gelandangan yang paling berjaya ketika ini adalah program kebun bandar Hijrah Warrior di Pusat Transformasi Gelandangan atau dikenali sebagai Anjung Kelana.
Hasil daripada komitmen berterusan Annuar membantu golongan Hijrah Warrior ini, sehingga hari ini sudah ramai yang berjaya mengubah kehidupan dan keperibadian mereka. Ramai juga yang sudah berjaya menjana pendapatan sendiri melalui aktiviti pertanian. Malah, ada di kalangan mereka yang serius mahu belajar menjaja, telah diberikan gerai supaya mereka ini boleh berdikari.
Selain itu, antara tindakan Annuar yang masih diingati sampai hari ini adalah bagaimana beliau mempermudahkan Che Na mendapatkan lesen perniagaan food truck selepas 10 tahun menanti dan berulang-alik dari Rawang.
Juga yang menjadi bualan orang ramai sehingga ke hari ini ialah Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga dan Gerai Mary yang membolehkan lebih lima ribu orang yang kehilangan pekerjaan menyara kehidupan melalui kegiatan penjajaan.
Bukan setakat itu, Annuar sebagai Menteri Wilayah juga tidak akan duduk diam sekiranya mendapat berita mengenai kecelakaan.
Sebagai contoh, sebaik sahaja mendapat khabar mengenai tragedi kebakaran melibatkan beberapa gerai di Desa Pandan tidak lama dahulu, Annuar pagi-pagi lagi terus bergegas melawat ke tempat tersebut. 11 peniaga yang menjadi mangsa kebakaran segera diberikan tapak sementara untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki.
Tidak cukup dengan itu, Annuar turut membangunkan kedai baru di kawasan tersebut yang memberi manfaat kepada peniaga dengan penambahbaikan rupa bentuk kedai selain memperkemas tapak penjajaan untuk 68 orang peniaga lagi.
Begitu juga ketika Pasar Dato Keramat di Kuala Lumpur terbakar sekitar Mac, tahun ini.
Sebaik sahaja mendapat berita mengenainya, beliau terus bergegas ke tempat kejadian dan tidak lama selepas itu mengumumkan rancangan membangunkan semula pasar tersebut supaya lebih moden, tersusun dan selamat.
Satu lagi peristiwa yang membuktikan betapa prihatinnya Annuar terhadap kebajikan warga Wilayah Persekutuan adalah mengenai penduduk setinggan Kwong Tong yang rumah mereka telah dirobohkan oleh pemilik tanah sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.
Sebaik sahaja mendapat maklumat mengenainya, Annuar tanpa berlengah telah memindahkan untuk sementara mereka yang awalnya berlindung di dalam khemah, ke dewan yang lebih selesa demi keselamatan mereka.
Hanya beberapa hari selepas itu, penduduk-penduduk setinggan ini telah ditawarkan untuk menduduki rumah DBKL. Keprihatinan Annuar itu membolehkan mereka yang terlibat untuk memulakan kehidupan baru yang lebih baik bersama keluarga tercinta.
Dari segi memerangi COVID-19 pula, Annuar begitu komited untuk memastikan Wilayah Persekutuan menjadi sebagai bandaraya terawal mencapai 80 peratus penduduk menerima suntikan vaksin, sekaligus mencapai imuniti kelompok menjelang Ogos ini.
Inisiatifnya membawa ‘vaksin turun padang’ ke kawasan-kawasan PPR dan industri menerusi Trak Vaksin Bergerak juga telah menerima maklum balas yang sangat positif daripada warga kota.
Keprihatinan dan kepantasan tindakan Annuar dan juga idea-idea baru yang boleh meringankan beban rakyat sewajarnya dipuji, dicontohi dan disebarkan kebaikannya.
Namun begitu, sayangnya banyak perkara-perkara ini yang tidak diberikan perhatian oleh orang ramai terutamanya warganet.
Mereka-mereka ini lebih suka untuk memfokuskan kepada kesalahan kecil yang dilakukan oleh seorang pemimpin, hingga telah menutup langsung kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan.
Mungkin kita lupa bahawasanya seorang pemimpin itu juga manusia biasa seperti kita yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
* Wan Ramli Wan Mohamad ialah penerbit, bekas wartawan dan pegawai penerbitan / karyawan Tamu Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) Tanjung Malim, Perak.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Ramli Wan Mohamad
Fri Jul 16 2021
Difahamkan kehadiran Annuar ke Bait Badawi adalah dalam rangka tugas dan atas rasa hormat beliau kepada Tun Abdullah dan isterinya untuk membincangkan mengenai hal berkaitan kebajikan dan penglibatan DBKL dalam menghijaukan KL. - Gambar fail
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa
Pelancaran satelit MEASAT-3d memungkinkan negara untuk mencapai liputan jaringan jalur lebar sehingga 100 peratus sebelum tahun 2025, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
"Tan Sri nak masuk Gegar Vaganza?" Annuar Musa 'tunjuk bakat' nyanyi lagu P. Ramlee
Menerusi segmen khas 'battle', Tan Sri Annuar Musa dan pengacara, Nabil Ahmad dikehendaki meneka tajuk lagu daripada hasil karya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Zul Ariffin hadir ke SKMM
Pelakon Zul Ariffin tampil ke ibu pejabat SKMM di Cyberjaya bagi membantu siasatan sehubungan perkongsian di laman media sosialnya yang memaparkan babak adegan "panas" dalam sebuah drama.
Adegan 'panas': Zul Ariffin akan disiasat - Annuar Musa
Adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan ditayang kepada khalayak umum tidak kira sama ada pada bulan Ramadan mahupun pada bulan-bulan yang lain.
PAU2021: Risiko kepada PM, BN sekiranya bubar Parlimen tanpa persetujuan parti lain dalam kerajaan - Annuar
Kerajaan yang ada ketika ini adalah kerajaan pelbagai parti dan UMNO hanyalah parti minoriti.
Hari Seniman Negara ditukar pada 22 Mac
Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
PRN Johor: Annuar puas hati liputan media
Menteri Komunikasi dan Multimedia mahu semua platform media kekal menyampaikan maklumat bagi membantu perjalanan PRN Johor dengan baik.
PRN Johor: Rakyat tidak perlu takut keluar mengundi - Annuar Musa
Susun atur proses pengundian dan SOP yang ditetapkan mampu mengawal penularan wabak COVID-19.
Lebih banyak PEDi akan diwujudkan di daerah seluruh Johor - Annuar Musa
MCMC akan mewujudkan lebih banyak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di daerah seluruh negeri Johor.
PRN Johor : Medan ujian kehendak pengundi muda - Annuar
Semua pihak harus mengalu-alukan penyertaan golongan muda dalam landskap politik tanah air.