SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat diberitahu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menerima sumbangan dana politik berjumlah RM1.3 juta yang diperoleh daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada 2018.
Selain Ahli Parlimen Pagoh itu, terdapat lima lagi nama ahli politik yang disebut sewaktu perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - terdiri daripada Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.
Menurut peguam mewakili Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Muhyiddin pernah menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 pada 4 Julai 2018; serta RM500,000 pada 23 Ogos 2018.
Perkara itu dimaklumkan bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun berdasarkan buku lejar syarikat terbabit.
David Tan yang juga merupakan saksi pendakwaan ke-17 itu menyatakan, terdapat kod nama ‘TSM’ yang merujuk kepada Muhyiddin serta ‘Team Pagoh’ yang merupakan kod nama bagi projek.
"Saya setuju projek UKSB di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan sumbangan diserahkan untuk kerajaan pada masa itu. Muhyiddin adalah Menteri Dalam Negeri selepas Ahmad Zahid pegang jawatan berkenaan.
"Saya juga mengesahkan Khairy menerima dana politik RM3.7 juta daripada UKSB, manakala Reezal Merican menerima dana antara RM200,000 hingga RM300,000 secara sekali daripada syarikat," katanya pada Jumaat.
Pada 10 Mei 2018, Pakatan Harapan (PH) telah memperoleh majoriti di Parlimen bagi membentuk kerajaan sebelum Muhyiddin dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri.
Sementara itu, bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun mengesahkan, syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam mata wang dolar Singapura kepada Ahmad Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak sistem Visa Luar Negara (VLN).
Perkara itu dilakukan pada 18 Mei lalu dengan bayaran bermula pada hujung 2014 dengan SG$200,000 sebulan, sebelum meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.
Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN.
Ini termasuk bagi tujuan mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.
Selain itu, tujuh lagi pertuduhan yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu termasuklah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 25 Julai ini.
Hilmi Malik
Fri Jun 17 2022
![Kes rasuah Zahid: Muhyiddin ada terima dana politik RM1.3 juta dari UKSB Kes rasuah Zahid: Muhyiddin ada terima dana politik RM1.3 juta dari UKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650813620_MuhyiddinYassin.jpg)
Nama Muhyiddin Yassin tertera di buku lejar syarikat tersebut dengan kod nama 'TSM'.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid 20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721037744_ZahidHamidi.jpg)
20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid
DBKL memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh ibu negara untuk memantau kadar jenayah dan masalah kesesakan jalan raya.
![SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721004034_MLBBMidSeasonCup.jpg)
SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital
Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, Zahid berjanji memberi komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.
![Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720955645_TBZAHIDMUAR.jpg)
Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026.
![Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720561781_AbdulHadi.jpg)
Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi
Presiden Pas serah kepada orang lain atau rakyat untuk jawab kenyataan Presiden UMNO.
![Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716013821_AhmadZahidHamidi.jpg)
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.
![UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720425533_Zahidumno.jpg)
UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan terus kekal ditandingi UMNO jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
![Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720424816_ZahidHadiAwang.jpg)
Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.
![PRU16: Kerjasama BN, PH perlu dimuktamad lebih awal - Penganalisis politik PRU16: Kerjasama BN, PH perlu dimuktamad lebih awal - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625710999_SivamuruganPandian.jpg)
PRU16: Kerjasama BN, PH perlu dimuktamad lebih awal - Penganalisis politik
Akar umbi perlu memahami 'roh' sebenar yang mahu dibawa oleh BN, sekali gus memudahkan proses perancangan penentuan kerusi dan calon PRU16.
![RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720076038_ZahidHamidi.jpg)
RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang dipengerusikan beliau hari ini.
![PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719301389_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap
TPM berazam akan membantu kawasan Sungai Bakap yang dikategorikan sebagai luar bandar.