Beberapa individu dijangka akan didakwa berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini dalam tempoh terdekat.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata buat masa ini, pihaknya dan Timbalan Pendakwa Raya sedang memperkemaskan beberapa elemen siasatan.
"Saya tidak akan dedahkan nama-nama mereka. Cukup saya katakan mereka yang bakal didakwa adalah dalam kalangan mereka yang pernah ditangkap berhubung kes ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri satu mesyuarat operasi bersama Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani dan Pengarah SPRM Negeri Datuk Azmi Alias di sini pada Rabu.
Azam turut menolak spekulasi bahawa ada orang kenamaan (VIP) yang akan didakwa.
"Jangan buat sebarang spekulasi mana-mana pihak VIP terlibat dan sebagainya. Tidak ada tetapi (yang akan didakwa) dalam kalangan mereka yang pernah ditangkap.
"Ada juga kemungkinan yang dituduh hari ini akan dihadapkan semula ke mahkamah dan ada rakan mereka yang akan dituduh sekali," kata Azam.
Pagi tadi, Exco kerajaan negeri Datuk Abd Latiff Bandi bersama seorang perunding hartanah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 33 pertuduhan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta.
Tertuduh, 51, bersama Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.
Selain Abd Latif dan Amir Shariffuddin, SPRM pernah menahan enam individu lain termasuk anak lelaki Abd Latif, pegawai khas Abd Latif, seorang orang awam, dua pemaju dan seorang peguam bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Sementara itu, Azam berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri atas kerjasama baik sepanjang siasatan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
Azam turut menolak spekulasi bahawa ada orang kenamaan (VIP) yang akan didakwa. - Foto Fail
Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
Cheong Min rindu bergelar juara dunia
Ratu wusyu negara, Tan Cheong Min mengakui rindu untuk mengulangi kejayaan merangkul gelaran juara dunia pada 2019 di Shanghai.
Majlis tontonan Pilihan Raya Presiden AS di Kuala Lumpur
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi majlis tontonan Pilihan Raya Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.
Sistem pendidikan asas pembentukan integriti individu - Syed Hamid Albar
Sistem pendidikan negara memainkan peranan utama dalam membentuk konsep integriti yang akan menentukan karakter dan nilai seseorang individu, kata bekas Menteri Luar, Syed Hamid Albar.
AWANI Ringkas: Menangani isu PPR di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 6 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 November 2024
1️⃣ Tumpuan di Sidang Parlimen
2️⃣ Menangani isu PPR di Malaysia
3️⃣ Siapa jadi pilihan antara Trump atau Harris?
#awaniringkas
1️⃣ Tumpuan di Sidang Parlimen
2️⃣ Menangani isu PPR di Malaysia
3️⃣ Siapa jadi pilihan antara Trump atau Harris?
#awaniringkas
AS Memilih: Kesan pilihan raya Presiden AS kepada dunia
Pilihan raya kali ini mungkin akan menjadi antara yang paling sengit dalam sejarah AS. Bagaimana polisi perdagangan Trump dan Harris boleh memberi kesan kepada kedudukan Malaysia dalam hubungan ekonomi dengan kedua-dua kuasa besar ini?
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Polis tahan dua lelaki disyaki keldai akaun, libat kerugian RM54,000
Polis menahan dua lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM54,000.
Siasatan pelaburan Khazanah, PNB dalam perniagaan fesyen dalam talian akan dijalankan secara adil - SPRM
SPRM memberi jaminan siasatan berkaitan kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan akan dijalankan secara adil dan profesional.
Malaysia raikan pelantikan bersejarah kepimpinan dalam pencegahan rasuah
Azam Baki berkata pelantikan berprestij itu dilihat sebagai bukti komitmen Malaysia semakin meningkat dalam memerangi rasuah.
SPRM cadang wujud SOP khusus berkaitan penguatkuasaan, pengeluaran nadir bumi
Azam menekankan pentingnya SOP untuk memastikan perlombongan dilakukan dengan kebenaran dan mengelakkan salah guna.
Pegawai SPRM jangan terlibat rasuah, cemar pemikiran dengan perkara negatif - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinasihatkan supaya sentiasa menjauhkan diri daripada rasuah dalam menjalankan tugas harian dan tidak mencemarkan pemikiran dengan perkara negatif
Kes konsesi pasir MBI: SPRM beku aset jutaan ringgit
SPRM telah membekukan aset bernilai jutaan ringgit melibatkan siasatan kes Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir.
Tiga nama didedahkan portal berita tiada kaitan dengan kegiatan ‘counter setting’ - SPRM
Tiga nama yang didakwa sebagai dalang utama sindiket counter setting seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan, tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan.
“Dia boleh jadi sesiapa saja” - Azam Baki jawab persoalan siapa suspek skandal MBI Selangor
SPRM tidak akan mendedahkan nama suspek yang terlibat dalam skandal rasuah Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) selagi ia belum melalui proses pendakwaan di mahkamah.
SPRM siasat 20 projek MBI Selangor, bekas COO direman seminggu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat 20 projek Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti rasuah.
Skandal perlombongan pasir: Enam lagi premis diserbu SPRM
Difahamkan, enam premis yang diserbu terdiri daripada sebuah unit kediaman dan lima pejabat di Lembah Klang.
Skandal pasir: Dua lagi 'safe house' digeledah, lebih RM300,000 ditemui - SPRM
Azam berkata seramai empat individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita.