Bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 8.05 pagi ini.
Beliau diringi beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menaiki kenderaan jenis Honda Odyssey dengan nombor pendaftaran VM 4011.
Kehadiran beliau di mahkamah adalah berhubung dakwaan berlaku pindaan dalam Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang dibentangkan di Parlimen pada 2016.
Turut dijangka hadir di mahkamah sama hari ini dan bakal didakwa atas pertuduhan sama ialah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pada Selasa, Arul ditahan SPRM kira-kira jam 10.35 pagi dan tidak dibenarkan ikat jamin.
Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata, sebahagian audit akhir 1MDB telah diubah dan dibuang beberapa perkara.
Menurutnya, perkara penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu termasuk mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low, dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan berkenaan status kewangan 1MDB.
BACA: Madinah pertahan dakwaan laporan audit 1MDB diubah
Kedua-dua Arul dan Najib dijangka didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Walaupun bakal menghadapi pertuduhan bersama, pertuduhan akan dilakukan di mahkamah berasingan, iaitu Arul di Mahkamah Sesyen 8 manakala Najib di Mahkamah Sesyen 9.
Hilmi Malik, Fareez Azman
Wed Dec 12 2018
![Kes pindaan laporan audit 1MDB: Arul Kanda tiba di mahkamah Kes pindaan laporan audit 1MDB: Arul Kanda tiba di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51544578352_ArulKanda.jpg)
Arul Kanda tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Dua pembantu rapat Imran Khan ditahan
Pihak Polis Pakistan menahan dua pembantu rapat bekas perdana menteri Imran Khan dalam sebuah serbuan ke atas sekretariat parti, Pakistan Tehreek-E-Insaaf (P-T-I) pada Isnin,
Ancaman baharu kepada wanita hamil, bayi baru lahir
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai kesan malnutrisi terhadap wanita hamil dan bayi baharu lahir di Gaza yang diserang Israel
Isu penempatan Israel: Singapura kaji pendapat nasihat ICJ
Jelas beliau, pihaknya melihat penempatan israel di tebing barat sebagai tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa dan ia menjadikan lebih sukar untuk mencapai penyelesaian dua negara melalui rundingan.
6 maut ditembak di pusat jagaan orang tua di Croatia
Laporan media turut menambah, salah seorang mangsa yang terkoban merupakan ibu suspek yang berada di pusat jagaan orang tua itu sejak 10 tahun lalu.
Tentera berkawal di Dhaka, perintah berkurung dilonggarkan
Tiada protes dilaporkan berlaku pada Isnin dan perintah berkurung dilanjutkan selama dua jam berbanding hari sebelumnya bagi membolehkan orang ramai membeli barangan keperluan.
UAE jatuhkan hukuman kepada 57 warga Bangladesh
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjatuhkan hukuman penjara kepada 57 warga Bangladesh kerana menghasut rusuhan dan menyertai protes di ibu kota negara itu termasuk hukuman penjara seumur hidup.
Tumpuan Isnin – 23 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (22 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Saya hubungi kedutaan minta tolong' - Pelajar Malaysia
Nur Syaqila berkata ketika rusuhan tercetus, dia telah menghubungi pihak kedutaan bagi membolehkan dia dan rakan-rakannya bergerak ke bangunan kedutaan seawal jam 4 pagi pada 19 Julai lalu.
Pastikan kanak-kanak B40 dapat pendidikan awal berkualiti
Sebanyak tujuh inisiatif dilaksanakan di bawah Program PERMATA iaitu PERMATA Negara; PERMATA@Pintar; PERMATA Insan; PERMATA Seni; PERMATA Remaja; PERMATA Kurnia; serta PERMATA STEM Talent.
![Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808744_JhoLow.jpg)
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700133261_jasmineloojholow.jpg)
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
!['Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo 'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710497419_MDB.jpg)
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
![Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706609177_TBNajibjpg.jpg)
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704716766_NajibTunRazak.jpg)
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
![Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698900701_TBNajib.jpg)
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
![Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698900701_TBNajib.jpg)
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
![Muhyiddin titipkan doa buat Najib Muhyiddin titipkan doa buat Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698991918_MuhyiddinNajib.jpg)
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.