KUALA LUMPUR: Kes bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung Datuk Mansor Musa yang menghadapi 58 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta di sini akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Butterworth, bersama dengan 106 pertuduhan lain membabitkan lebih RM11 juta.
Ini berikutan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozina Ayob membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Butterworth.
"Pertuduhan dihadapi tertuduh di mahkamah di sini adalah berkaitan dengan pertuduhan dihadapinya di Pulau Pinang. Memandangkan peguam tiada bantahan, mahkamah membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth," kata Rozina dan menetapkan 28 Sept untuk sebutan semula kes di mahkamah Butterworth.
BACA: Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru didakwa lagi dengan 58 pertuduhan rasuah berjumlah RM9.22 juta
Pada 13 Julai, Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 106 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram bernilai lebih RM11 juta antara September 2011 dan Ogos tahun lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Asraf Mohamed Tahir memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan itu dibuat atas alasan ia melibatkan saksi dan dokumen yang sama dengan kes dihadapi tertuduh di Pulau Pinang.
Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mansor tidak membantah permohonan itu.
Pada 15 Julai, Mansor, 58, yang juga Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad mengaku tidak bersalah atas 58 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta.
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-42, Mansor didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram antaranya menerima wang dalam bentuk tunai, menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram untuk pembelian saham, rumah dan pembayaran kepada kontraktor melalui syarikat yang berbeza.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan ke-43 hingga ke-58, dia didakwa menerima, mengguna dan memindahkan wang dari sebuah syarikat yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda hingga lima kali hasil daripada kegiatan haram itu atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Public Bank cawangan Jalan Raja Chulan dan Starpac Point serta RHB Bank Berhad cawangan KLCC di sini, antara Disember 2008 hingga Mei 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
![Kes pengubahan wang haram RM9.22 juta bekas ADUN Batu Maung dipindah ke Mahkamah Butterworth Kes pengubahan wang haram RM9.22 juta bekas ADUN Batu Maung dipindah ke Mahkamah Butterworth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627289821_SPRMDAKWAKOPERASI.jpg)
Pada 15 Julai, Mansor yang juga Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad mengaku tidak bersalah atas 58 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta. - Gambar fail
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![Bekas ADUN disiasat kes tangkap ikan guna renjatan elektrik Bekas ADUN disiasat kes tangkap ikan guna renjatan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688542118_tbTangkapikan.jpg)
Bekas ADUN disiasat kes tangkap ikan guna renjatan elektrik
Bekas ADUN Terengganu dipanggil bagi memberi keterangan susulan penularan video memaparkan tindakan beliau menangkap ikan menggunakan alatan terlarang.
![Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Perak, bekas ADUN RM500 Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Perak, bekas ADUN RM500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644063450_TBSaarani.jpg)
Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Perak, bekas ADUN RM500
Penjawat awam negeri Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1,000 pada 25 April ini.
![PRN Melaka: PH belum buat sebarang perbincangan isu calon empat bekas ADUN - Adly PRN Melaka: PH belum buat sebarang perbincangan isu calon empat bekas ADUN - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633488434_AdlyZahari.jpg)
PRN Melaka: PH belum buat sebarang perbincangan isu calon empat bekas ADUN - Adly
PH belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai nasib empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong gabungan itu.
![Kes pengubahan wang haram RM9.22 juta bekas ADUN Batu Maung dipindah ke Mahkamah Butterworth Kes pengubahan wang haram RM9.22 juta bekas ADUN Batu Maung dipindah ke Mahkamah Butterworth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627289821_SPRMDAKWAKOPERASI.jpg)
Kes pengubahan wang haram RM9.22 juta bekas ADUN Batu Maung dipindah ke Mahkamah Butterworth
Kes bekas ADUN Batu Maung Datuk Mansor Musa yang menghadapi 58 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.22 juta akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Butterworth.
![Bekas ketua kampung tipu sumbangan untuk bina surau didenda RM150,000 Bekas ketua kampung tipu sumbangan untuk bina surau didenda RM150,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619646597_Bekasketuakampung.jpg)
Bekas ketua kampung tipu sumbangan untuk bina surau didenda RM150,000
Zulkifle membuat pengakuan itu atas satu daripada tiga pertuduhan pilihan yang dikenakan terhadapnya.
![Bekas ADUN Bangi Amran Kasimin meninggal dunia Bekas ADUN Bangi Amran Kasimin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598489738_BekasADUNBangi.jpg)
Bekas ADUN Bangi Amran Kasimin meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 5.56 petang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.