KUALA LUMPUR: Peningkatan kes pelantikan atau 'tripping' talian voltan tinggi susulan kerja-kerja pembinaan berhampiran kawasan rizab talian, membimbangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila jumlah kes tersebut melonjak tujuh kali ganda dalam tempoh 10 bulan tahun ini.
Ketua Pegawai Grid TNB Datuk Husaini Husin berkata kes pelantikan disebabkan kerja-kerja pembinaan oleh pemaju dalam 'rentis' TNB itu, melonjak kepada lapan kes sehingga Oktober lepas berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatat satu kes.
"Kami khuatir jika ada lagi pemaju yang masih mengingkari nasihat kami untuk menjauhi rentis talian penghantaran TNB.
"Kes pelantikan tahun ini kembali meningkat kepada dua digit seperti yang dilaporkan pada 2018 dengan 18 kes," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata kes pelantikan bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa, malah mengganggu kestabilan dan keselamatan sistem grid nasional yang menyalurkan bekalan elektrik kepada hampir 9.5 juta pelanggan di Semenanjung, termasuk operasi sektor perindustrian dan perdagangan.
Mengulas lanjut, beliau berkata TNB telah mengambil pelbagai langkah proaktif seperti membuat pemantauan dan mengenal pasti projek tanpa kelulusan bagi kawasan berisiko tinggi.
"Sesi libat urus dengan pihak berkuasa tempatan juga dilakukan, selain usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemaju dan penduduk sekitar melalui pengedaran risalah, pemasangan papan tanda amaran, penggunaan kamera keselamatan pintar, memasang penghadang had ketinggian sementara dan meletakkan penanda sempadan di kawasan rentis TNB," katanya.
Dalam pada itu, mana-mana pihak yang membuat aktiviti berhampiran dengan pepasangan elektrik tanpa kebenaran dan membahayakan orang atau harta boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).
Selain itu, apa-apa perbuatan yang menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada mana-mana pepasangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya di bawah Akta yang sama.
Pengguna diminta menghubungi TNB CareLine di talian 15454 atau menerusi Facebook TNB CareLine sekiranya terdapat insiden pencerobohan atau sebarang kejanggalan pada pepasangan TNB.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Kes pelantikan disebabkan kerja-kerja pembinaan oleh pemaju dalam 'rentis' TNB itu, melonjak kepada lapan kes sehingga Oktober lepas berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatat satu kes. -Gambar fail
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Fadillah malam tadi menyertai acara jalan kaki sejauh tiga km bermula dari Anjung Floria, Putrajaya.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Perubahan dasar perdagangan AS dijangka tidak beri impak besar kepada sektor minyak sawit negara
Sebarang perubahan dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak memberi impak yang besar terhadap sektor minyak sawit negara.
Perlis dijangka jimat lebih RM113,000 setahun melalui pemasangan panel solar fotovoltik
Penjimatan itu amat penting kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri kepada pentadbiran lebih cekap dengan penggunaan tenaga hijau yang lebih efisien.
JMFR 2024 medan erat ukhuwah, gaya hidup sihat - Fadillah
Program Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2024 dilihat berjaya menjadi platform merapatkan ukhuwah.
Kecurian elektrik: PDRM kaji beza kerugian tahunan TNB, kaitan perlombongan bitcoin
PDRM mengkaji punca perbezaan kerugian yang ditanggung Tenaga Nasional Bhd (TNB) akibat kecurian bekalan elektrik dan kaitannya dengan pasaran bitcoin.
Polis Jasin potong bekalan elektrik di lima premis judi haram
Lima premis yang menjalankan kegiatan perjudian dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan TNB.
Pelepasan air di Empangan Chenderoh terkawal - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan pelepasan air dari Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar dilakukan secara terkawal dan terancang.
Persidangan kuasa dan tenaga utama ASEAN, Enlit Asia, kembali ke Malaysia minggu depan
Enlit Asia, satu-satunya persidangan kuasa dan tenaga utama di rantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), akan berlangsung di sini dari 8 hingga 10 Okt depan.