Polis telah merakam sebanyak 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne Quoirin, 15, kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman.
Beliau berkata walaupun siasatan kes remaja Ireland yang dilaporkan hilang Ahad lepas menjurus kepada orang hilang, namun polis tidak menolak sebarang kemungkinan lain dan siasatan yang dijalankan adalah secara menyeluruh.
"Pasukan forensik juga sudah mengambil beberapa kesan cap jari di bahagian tingkap ruang tamu termasuk di seluruh bangunan (chalet) berkenaan dan telah dihantar ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
"Sehingga kini, tiada petunjuk baharu diperolehi dari pasukan mencari dan menyelamat," katanya.
Beliau berkata skala operasi yang digerakkan adalah besar dan diperluaskan dengan penambahan dua lagi zon pencarian menjadikan kesemuanya enam zon.
"Kekuatan anggota dalam operasi SAR juga telah ditingkatkan kepada 214 anggota pada Rabu berbanding 159 anggota pada Selasa," katanya.
Mengulas mengenai keluarga mangsa yang masih mempercayai bahawa mangsa diculik, beliau berkata respon sebegitu mungkin disebabkan emosi kehilangan anak perempuan berusia 15 tahun apatah lagi remaja berkenaan merupakan anak istimewa.
Dalam pada itu, seorang anggota SAR berkongsi pengalamannya dan memberitahu bahawa kawasan hutan yang bercuram dan gelap merupakan antara cabaran yang perlu ditempuh anggota penyelamat.
Katanya kawasan pencarian juga mempunyai banyak kawasan berbatu besar yang tajam dan licin yang memerlukan setiap anggota lebih berwaspada.
"Operasi hari keempat hari ini mulai 'muram' dengan cuaca mendung sejak pagi tadi dengan hujan rintik berbanding sebelum ini cuaca yang amat baik," katanya.
Katanya kawasan pencarian yang berbukit bukau dan bercuram itu yang dipenuhi pokok-pokok besar setinggi bangunan tiga tingkat bukanlah satu kawasan yang mudah untuk operasi berkenaan walaupun kebanyakan daripada mereka memiliki pengalaman yang luas dan terlatih.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati lokasi resort yang terletak berdekatan Gunung Berembun dan di kelilingi dusun buah-buahan serta hutan telah menjadikan kawasan itu sebagai antara kawasan tarikan pelancong asing.
Berada di bukit dengan jarak perjalanan kira-kira 4 kilometer daripada Pekan Pantai, resort itu dilihat agak terpencil dan sunyi menjelang petang malah amat gelap pada waktu malam memandangkan tiada lampu jalan di sekitarnya selain perlu melalui jalan berliku yang sempit untuk ke resort berkenaan.
Tinjauan juga mendapati anggota keselamatan masih mengawal laluan menghala ke resort The Dusun, Pantai, yang menjadi tumpuan media sejak empat hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 07 2019
Anggota Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama anjing terlatih dalam usaha mengesan jejak Nora Anne di kawasan Kampung Pantai, Seremban, pada Rabu, 7 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
512 polis N. Sembilan, ahli keluarga dijangkiti COVID-19 sejak Januari
Seramai 512 anggota polis Negeri Sembilan dan ahli keluarga mereka disahkan positif COVID-19 serta dikuarantin sejak Januari tahun ini berikutan penugasan dalam memerangi penularan wabak itu.
Tiga lelaki maut dalam pergaduhan di Tampin
Ketiga-tiga lelaki warga Indonesia berkenaan ditemui terbaring berlumuran darah dalam sebuah bilik tidur di rumah kongsi berkenaan oleh polis yang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan.
Polis Perancis, Ireland dan England bantu siasatan kehilangan Nora Anne
Misi mengesan Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu diperhebat dengan penglibatan pegawai dan anggota polis dari Perancis, Ireland dan England.
Kes Nora Anne: Polis rakam keterangan 20 saksi termasuk keluarga
Kes menjurus kepada orang hilang, namun polis tidak menolak sebarang kemungkinan lain dan siasatan yang dijalankan adalah secara menyeluruh.