Tiga lelaki maut dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah rumah kongsi Ladang Chin Fatt, Gedok di Gemencheh, 12.05 tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman yang mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki warga Indonesia berkenaan ditemui terbaring berlumuran darah dalam sebuah bilik tidur di rumah kongsi berkenaan oleh polis yang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
"Pemeriksaan ke atas mayat ketiga-tiga lelaki itu mendapati banyak kesan luka akibat senjata tajam. Siasatan ditempat kejadian menemui sebilah sabit panjang yang mempunyai kesan darah, sebilah pisau serta beberapa kesan darah.
"Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada 5 Dis pada pukul 10.30 malam. Ketiga-tiga mangsa adalah pekerja ladang sawit daripada syarikat berlainan yang bertandang ke rumah itu dan merupakan kenalan salah seorang penghuninya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata susulan kejadian itu, polis turut menahan tiga lelaki warga Indonesia berumur 29 dan 42 tahun di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
"Ketiga-tiga suspek adalah penghuni rumah kongsi berkenaan dan akan dipohon reman di Mahkamah Majistret Tampin hari ini," katanya.
Che Zakaria berkata ketiga-tiga mangsa yang maut belum dapat disahkan identiti memandangkan tiada dokumen pengenalan diri dijumpai.
"Mayat kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasat," katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan dua lagi suspek lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Razak@Ojak dan Ari untuk membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-4411222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 06 2019

Ketiga-tiga mangsa adalah pekerja ladang sawit daripada syarikat berlainan yang bertandang ke rumah itu dan merupakan kenalan salah seorang penghuninya. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dua lelaki ditahan disyaki terlibat curi barang kemas
Polis menahan dua lelaki berusia antara 26 hingga 38 tahun kerana disyaki mencuri barang kemas milik seorang wanita di Mesra Villa, Jalan Ikan Emas, Taman Pandan Mesra, di sini minggu lepas.

APM Hulu Terengganu tangkap ular tedung selar dalam bilik tidur
Lima anggota APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular yang berada di atas dinding kayu di dalam bilik tidur.

Elon Musk ubah suai pejabat Twitter jadi rumah pekerja?
Sekeping gambar menunjukkan ruang pejabat Twitter yang diubah suai menjadi bilik tidur kini mendapat perhatian ramai.

Tukang masak ditemui meninggal dunia dalam restoran
Polis menerima maklumat kematian mangsa yang juga tukang masak restoran itu apabila dihubungi rakan kira-kira jam 4 petang.

Cuba panduan ini, kalau mak ayah 'terpaksa' kongsi bilik tidur dengan anak
Mungkin semasa anak masih kecil, tidak menjadi masalah tapi apabila makin membesar memang kena sediakan bilik berasingan.

5 idea barangan jadikan bilik tidur lebih estetik
Ini lima idea barangan yang mudah boleh anda dapatkan, sekali gus mengubah biik tidur menjadi lebih estetik.

Mayat lelaki ditemukan dengan kesan luka di dada
Mayat itu ditemukan dalam keadaan terlentang di atas katil di dalam bilik tidur apartmen berkenaan kira-kira pukul 2.00 petang.

Abang rentung, adik sempat selamatkan diri dalam kebakaran rumah dua tingkat
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang rentung, Ahmad Zulhilman Zakaria, 27, ditemukan di bilik tidurnya di tingkat atas rumah berkenaan.

Tiga lelaki maut dalam pergaduhan di Tampin
Ketiga-tiga lelaki warga Indonesia berkenaan ditemui terbaring berlumuran darah dalam sebuah bilik tidur di rumah kongsi berkenaan oleh polis yang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan.

Letupan telefon bimbit punca kematian CEO Cradle Fund
Seorang ipar lelaki mendakwa pada suatu peringkat, telefon itu terlampau panas lalu meletup, mengakibatkan trauma tumpul di bahagian belakang kepala yang membawa kepada kematian mangsa.