KUALA BERANG: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Terengganu berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang empat meter dengan anggaran berat 20 kilogram di Kampung Sungai Ular, di sini petang semalam.
Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu Kapten (PA) Mohd Zabri Abd Razak berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung pada 7.10 malam semalam yang memaklumkan kehadiran reptilia itu di dalam bilik tidur di rumahnya.
Susulan itu, katanya lima anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular tersebut yang berada di atas dinding kayu di dalam bilik tidur.
"Penghuni rumah pada mulanya mendengar bunyi bising di bahagian atas bilik tidur di rumahnya dan setelah diperiksa dia mendapati seekor ular tedung selar sedang berada di atas dinding.
"Memang ular seperti ini akan membuat bunyi bising sebagai tanda amaran apabila ia rasa terganggu.
"Ular tedung selar ini juga sangat berbisa, sekiranya dipatuk mangsa boleh meninggal dunia dalam masa lima minit sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata haiwan tersebut akan disimpan sementara di pejabat APM Daerah Hulu Terengganu, sebelum memutuskan sama ada akan dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari kawasan penduduk atau diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023

Lima anggota APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular yang berada di atas dinding kayu di dalam bilik tidur. -Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.

Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.