GOMBAK: Kes kumulatif demam denggi dalam negara meningkat 139 peratus dengan jumlah 59,057 kes bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding 24,743 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata dalam tempoh sama, kadar kematian bagi penyakit itu juga dilaporkan meningkat 122 peratus melibatkan 40 kes kematian berbanding 18 kes kematian pada tahun lepas.
"Bagi negeri Selangor pula, sebanyak 29,382 kes telah dilaporkan bermula bulan Januari sehingga 2 Julai 2023 berbanding 15,207 kes pada tempoh sama pada tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 93 peratus manakala tujuh kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan di negeri Selangor sehingga kini.
"Justeru, program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 yang diadakan pada hari ini merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM).
"Ia akan diadakan sebanyak dua kali setiap tahun dengan penglibatan semua agensi dan komuniti dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes," katanya selepas merasmikan program MADANI Afiat di Dewan Rakyat Batu Caves, hari ini.
Beliau berkata bagi memastikan tingkah laku memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam kalangan masyarakat dilakukan secara konsisten, KKM turut memperkenal dan melancarkan inisiatif One Hour Malaysia Clean Up bagi memastikan usaha itu dapat direalisasikan.
Dalam program sama, Dr Zaliha turut mengumumkan agar inisiatif One Hour Malaysia Clean Up itu dijadikan sebagai aktiviti bulanan yang akan dilakukan pada setiap hari Sabtu minggu keempat setiap bulan dalam usaha mengurangkan kes bagi penyakit berkenaan.
"Oleh itu, semua rakyat Malaysia sama ada dari agensi kerajaan, swasta, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) disarankan untuk bersama-sama menjadikan program ini sebagai aktiviti bulanan yang diharapkan dapat mengurangkan kes demam denggi dan risiko kematian akibat demam denggi dalam negara kita," katanya.
Mengulas mengenai kes denggi di Selangor, Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif seperti One Hour Malaysia Clean Up itu dilihat mampu mengurangkan kes denggi dengan adanya penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti gotong-royong.
"Apa yang penting adalah untuk kita gariskan isu ini (beri tumpuan) dan menggalakkan masyarakat untuk turut sama terlibat dan peka tentang penyakit demam denggi.
"Kerana ini soal kesihatan awam yang perlukan kerjasama dan penglibatan daripada setiap lapisan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023
Kadar kematian bagi penyakit itu dilaporkan meningkat 122 peratus melibatkan 40 kes kematian berbanding 18 kes kematian tahun lepas. -Gambar fail/Pixabay
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.
Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda
Sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 150 peratus - Datuk Bandar
Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), yang didorong dengan musim hujan berterusan sejak awal bulan Mei lalu.