Kes jenayah siber menyebabkan kerugian berjumlah RM67.6 juta melalui 2,207 aduan direkodkan seluruh negara dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Shakib Ahmad Shakir.
Shakib berkata tiga kes tertinggi melibatkan kes penipuan panggilan yang merekodkan RM26.8 juta (773 kes), penipuan belian dalam talian RM4.2 juta (811 kes) dan African Scam berjumlah RM14.9 juta (371 kes).
Kes jenayah siber (komersial) pinjaman tidak wujud (E-Financial Fraud) merekodkan 212 kes melibatkan kerugian berjumlah RM21.5 juta.
Katanya antara kerugian adalah melalui penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kecurian identiti dan pencerobohan data.
Shakib Ahmad Shakir berkata jumlah kerugian yang tinggi itu menimbulkan kebimbangan kepada kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.
"KKMM bertekad memerangi jenayah siber susulan kebimbangan peningkatan jumlah jenayah siber dalam pelbagai cara," katanya ketika merasmikan Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah Siber dan Antipemerdagangan Orang peringkat Labuan di Ujana Kewangan hari ini.
"Jenayah siber merupakan ancaman serius kepada rakyat berikutan penipuan ini berpotensi mengakibatkan kehilangan ratusan ribu ringgit hasil titik peluh mereka," katanya.
Taklimat ini merupakan satu daripada komitmen KKMM dalam melaksanakan tindakan dan agenda promosi dan publisiti meningkatkan kesedaran orang ramai melalui pendidikan jenayah telekomunikasi dan cara mengelak dan melindungi diri menjadi mangsa jenayah telekomunikasi sekali gus membanteras jenayah ini.
Shakib berkata menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil terdapat sejumlah 13,058 aduan penipuan dilaporkan pada tahun 2017 berbanding 10,394 tahun lepas, penurunan kepada 2,663.
"Saya dimaklumkan bahawa jenayah tipu panggilan (telecommunication fraud) adalah jenayah paling kerap berlaku di Labuan dengan 16 aduan direkodkan pada tahun 2017 dan meningkat kepada 19 aduan tahun lepas, peningkatan 35 peratus," katanya.
Shakib berkata KKMM akan terus bekerjasama dengan rakan strategik - media, Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi dan jabatan di bawah KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Katanya KKMM telah terlibat dengan kempen publisiti dan promosi untuk Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) sejak tahun 2017.
"Kempen tersebut bertujuan menyelaras penyampaian dan penyaluran maklumat dalam pelbagai bentuk dan saluran kepada orang awam," katanya.
Katanya fungsi MAPO adalah sebagai platform menyelaras aktiviti publisiti dan promosi MAPO secara bersepadu, berkongsi maklumat dan pengukuhan bersama.
Bernama
Tue Apr 23 2019

Shakib Ahmad Shakir berkata antara kerugian adalah melalui penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kecurian identiti dan pencerobohan data. -Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.

Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.

FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.

FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.