Polis hari ini mengesahkan kejadian dua beradik yang didakwa dilarikan menggunakan sebuah van berwarna putih di Kopodims, Jalan FAC, Matang bukan kes culik.
Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M.M Sree berkata, remaja dan kanak-kanak berkenaan telah lari dari rumah dan laporan yang dibuat kakak mereka sebelum ini adalah laporan palsu.
“Setelah pengadu yang membuat laporan polis itu disoal dengan teliti, dia (didapati) telah membuat laporan palsu dan dua kanak kanak yang berumur 17 tahun dan 10 tahun yang dikatakan telah diculik sebenarnya tidak diculik.
“Kakak kepada kanak-kanak perempuan itu telah membantu mereka melarikan diri,” katanya dalam satu sidang media pada Ahad.
BACA: Polis lancar Ops Tutup kesan kanak-kanak dan remaja perempuan dibawa lari lelaki berrtopeng
Bagaimanapun, katanya kedua-dua beradik itu telah berjaya dijumpai dengan selamat di sebuah rumah kenalan kira kira jam 930 malam.
Menurut beliau, pihaknya terima laporan penculikan dua kanak-kanak membabitkan dua lelaki bertopeng sebelum dilarikan menggunakan sebuah van berwarna putih sekitar jam 5 petang Ahad.
Susulan laporan itu, polis terus mengatur gerak mengesan kenderaan yang dipercayai digunakan suspek.
Dalam pada itu kata Dev Kumar, pengadu mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana membuat laporan palsu.
“Ini bukan satu kes penculikan. Kita pun sekarang sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu kerana membuat laporan palsu di mana telah membimbangkan ibu bapa kepada keluarga dan mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.
Jelas Dev Kumar kes itu telah dapat perhatian meluas di seluruh Sarawak dan belum pernah berlaku kes penculikan dengan modus operandi sedemikian di situ.
Bagaimanapun katanya, pihak polis memandang serius sebarang laporan kes jenayah yang dibuat.
Rohana Wahed
Sun Aug 25 2019

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M.M Sree berkata, remaja dan kanak-kanak berkenaan telah lari dari rumah dan laporan yang dibuat kakak mereka sebelum ini adalah laporan palsu. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kes dua beradik dilarikan lelaki bertopeng: 'Bukan diculik tapi lari dari rumah' - Polis
Polis hari ini mengesahkan kejadian dua beradik yang didakwa dilarikan menggunakan sebuah van berwarna putih di Kopodims, Jalan FAC, Matang bukan kes culik.