PUTRAJAYA: Kes denggi dalam negara dilaporkan meningkat daripada 967 kes pada Minggu Epid (ME) 16/2022 kepada 1,021 kes pada ME 17/2022, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata peningkatan sebanyak 54 kes atau 5.6 peratus itu direkodkan antara 24 hingga 30 April lepas (ME 17/2022), menjadikan jumlah kumulatif kes denggi setakat ini adalah 12,942 kes, berbanding 9,270 kes bagi tempoh sama pada 2021.
"Jumlah kumulatif kematian akibat denggi hingga ME 17/2022 adalah tujuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati terdapat peningkatan ketara kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara, dengan 22,463 kes dilaporkan di seluruh negara hingga ME 17/2022.
Beliau berkata angka tersebut menunjukkan peningkatan 12.8 kali ganda berbanding ME sama pada 2021 iaitu hanya mencatatkan 1,752 kes sahaja.
Dr Noor Hisham berkata HFMD secara majoriti menjangkiti kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu dengan 21,508 kes, diikuti 729 kes melibatkan kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun dan selebihnya berlaku dalam lingkungan umur lebih 12 tahun.
HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (E71), yang menular menerusi sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.
Katanya, hingga ME 17/2022 sebanyak 767 wabak HFMD dilaporkan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Perak merekodkan kejadian wabak tertinggi.
Bagi membendung wabak denggi, beliau menasihatkan orang ramai supaya memastikan rumah kediaman bebas daripada tempat pembiakan nyamuk dengan membersihkan atau melupuskan bekas takungan air.
"Bagi pengamal perubatan, pastikan pesakit yang mengalami demam berterusan melakukan kiraan darah penuh pada hari ketiga.
"Sekiranya pesakit disyaki menghidapi demam denggi berdasarkan ciri klinikal dan ujian darah, pesakit perlu diberikan dengue alert card dan melakukan dengue combo test," katanya.
Sementara itu bagi HFMD pula, ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga seperti membasuh tangan selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.
Dr Noor Hisham juga menasihatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar dan pusat beli belah.
Sebagai langkah proaktif mengekang penularan penyakit berjangkit, beliau berkata KKM melalui aplikasi MySejahtera telah mengaktifkan ciri terbaharu pengesanan penyakit berjangkit bagi mengesan kes selain COVID-19 seperti Rabies, denggi dan demam campak.
"Ciri ini membantu orang awam bagi menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan mereka secara lebih berhati-hati," kata Dr Noor Hisham.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022
Dr Noor Hisham menasihatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar dan pusat beli belah. - Gambar/ Bernama
Beri tekanan kepada Israel, ubah sudut pandang dunia
Keputusan Mahkamah Dunia terhadap pendudukan haram Israel meningkat sokongan dunia terhadap Palestin, sekali gus menolak kekejaman yang dilakukan rejim zionis.
Anwar terima kunjungan pendakwa raya ICC, Karim Khan
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata pada pertemuan itu beliau dimaklumkan mengenai peranan ICC serta perkembangan isu antarabangsa terutama di Palestin dan Myanmar.
10 Berita Pilihan - (23 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kumpulan Palestin tandatangan deklarasi tamatkan perpecahan
Wakil 14 kumpulan tersebut termasuk Fatah dan Hamas yang menghadiri rundingan perdamaian, dan menandatangani Deklarasi Beijing yang berlangsung dari 21 hingga 23 Julai.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes
Jumlah kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes setakat hari ini berbanding 109 kes pada 16 Julai lepas.
BBC akan mansuh 500 pekerjaan demi penjimatan untuk "transformasi"
BBC Britain mengumumkan ia akan mengurangkan 500 pekerjaan bagi menjimatkan GBP200 juta untuk memacu "transformasi" perbadanan itu.
Pihak berkaitan perlu tawarkan ganti rugi kepada AirAsia susulan gangguan IT - Tony
Pihak-pihak yang berkaitan perlu menawarkan pembayaran ganti rugi kepada AirAsia Group ekoran gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global baru-baru ini.
Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.