SUBANG: Pihak-pihak yang berkaitan perlu menawarkan pembayaran ganti rugi kepada AirAsia Group ekoran gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global baru-baru ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Beliau berkata pihak berkenaan perlu bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku pada Jumaat lepas, yang menjejaskan perkhidmatan penerbangan.
"Pada dasarnya, sekiranya kita melakukan sesuatu kesilapan, kita perlu membayar ganti rugi. Kami, syarikat penerbangan lain serta perniagaan lain mengalami banyak kerugian.
"Mereka perlu menawarkan pembayaran ganti rugi kepada kami, dan pada masa ini, kami perlu mengambil pendekatan tunggu dan lihat," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran operasi AirAsia di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas, media melaporkan institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara terjejas akibat gangguan IT global.
Gangguan IT terbabit dikaitkan dengan firma teknologi keselamatan siber Amerika Syarikat, CrowdStrike Holdings Inc, yang menyediakan perlindungan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan tindak balas serangan siber.
Tony dalam catatan di laman LinkedIn Sabtu lepas berkata gangguan IT global telah menyebabkan syarikat penerbangan itu kehilangan jutaan pendapatan dan mewujudkan situasi yang tidak terkawal disebabkan gangguan sistem.
Terdahulu, Tony dalam ucapannya berkata antara yang terjejas ekoran insiden itu adalah penjualan tiket dan pembatalan empat penerbangan domestik AirAsia.
Operasi AirAsia di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Sabtu lepas dilaporkan terkawal dan menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada 2 petang hari yang sama.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu menguruskan lebih 168,000 penumpang dalam 941 penerbangan melibatkan tujuh Sijil Pengendali Udara (AOC) termasuk AirAsia Malaysia, AirAsia Philippines, AirAsia Indonesia, Thai AirAsia, AirAsia Cambodia, AirAsia X dan Thai AirAsia X.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes menyampaikan ucapan pada pengumuman pengembangan operasi AirAsia di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS). - Foto BERNAMA
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.